Rabu, 31 Disember 2008

Selamat Menyambut Tahun Baru Ma'al Hijrah dan Tahun Baru 2009....

Selamat menyambut tahun baru maal hijrah 1430H...

dan selamat menyambut tahun baru 2009...

semoga apa yang telah dirancangkan telah pun di capai...

dan semoga di tahun baru ini akan mendatangkan segala impian... dan kebahagiaan yang di impikan selama ini....


**************************
PAKU Di Dinding Hatimu…

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
..,
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
..,
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.
..,
Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.
..,
Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
..,
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebutkepada bapanya dengan bangganya.
..,
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu TIDAK akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.
..,
Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.
..,
Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.
..,
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepadakita.

"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."

Jalan-Jalan Makan Angin Part III

Sambungan...

Pertunjukan Buaya ni sebenarnya diadakan dua kali sehari, jam 11 pagi dan juga jam 3 petang... tapi oleh kerana kami miss-informed, (kami ingat jam 3.30 ptg) jadi kami ndak la dapat the best view of all... terpaksa la kami fill in the blanks jer...



berani kan dorang ni... ada satu pertunjukan tu yang dia masukkan tangan dalam mulut buaya.. tapi aku tak sempat nak snap.. sabar jer la..
selain daripada buaya-buaya yang banyak kat sana... ada juga haiwan-haiwan sampingan yang dipelihara di sana.. antaranya tuntung... ikan keli... ayam katik... burung merak... burung unta... rusa dan sebagainya...


burung unta ni baunya amatlah tidak menyenangkan.. tengok saja muka si kakak... kena paksa bergambar dengan burung unta tu.. masa ni si adik sudah lari jauh-jauh sebab bau busuk katanya.....

anak-anak aku suka di kawasan ni.. suka-suka ati mak bapak dorang je nak naik itu nak naik ini...


gambar yang atas tu.. sebenarnya adik tengah lari-lari di kawasan ni.. dia nak cuba semua buaya satu persatu... bila tengok mamanya nak amik gambar on the spot dia berhenti berlari dan terus cekak pinggangnya.. "mama.. derambai adik..." (mama... ambil gambar adik..)



ini pula koleksi buaya-buaya yang ada kat sana... ada banyak sebenarnya ... tapi sebab kamera dah full tak bolehlah nak ambik banyak-banyak... ini pun sebenarnya dah lebih dari banyak dah nih... he he he...

Buaya-buaya sekalian... beratur......



buaya julung-julung ni muncungnya panjang sedepa.. agaknya merajuk sebab tak dapat makan ayam segar..

ini pula buaya tembaga... patutlah di gelar buaya tembaga.. tengok lah warnanya.. agaknya masa kecik buaya ni kena jaundis tak.. keh keh keh..
buaya sukau ni dahsyat man... pernah makan orang dan cederakan orang di sungai kinabatangan... takut kan... aku pun gerun je nak nengok...

ini pula buaya sibongkok tanjung puteri.. tengoklah belakangnya yang ada benjol tu... aku tak tau la buaya ni cacat ke atau memang ada jenis buaya macam ni..


Anak-anak buaya yang dikeraskan dan di jual dengan harga rm150 seekor... tak minat den nak beli eh...

di depan pintu masuk taman buaya ni ada kedai jual barangan buaya seperti beg-beg tangan.. dompet... dan sebagainya... tapi sebab aku tak berminat dengan barangan-barangan ni... lagipun harganya.. wow.. bukan main lagi... semuanya ke atas RM1,500.00... kami pun tengok je la.. malas aku nak amik gambar...


tapi.. walaupun kami tak beli apa-apa cenderamata dari kedai-kedai yang ada kat sini.. kami telah berjaya pulang dengan membawa seekor buaya yang amat istimewa...


tak percaya????


skroll bawah untuk tengok buaya yang kami bawa pulang itu....



>

>

>

>

>

>

>
>

>
>



Jeng jeng jeng.. ini lah buaya nya...




jangan marah... hehehe




sekian untuk jalan-jalan makan angin di taman buaya...


untuk makluman.. petang hari tu kami tak jadi barbeque di Tanjung Aru sebab hari hujan... sedih...

Tamat....

Suami, Isteri & Cermin....

Kisah suami, isteri yang tidak pernah melihat cermin dan juga mak mertua yang tak sedar diri

Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan. Rumah dorang ni dibina di atas pokok... 2 tingkat lagi tu. Si suami kerja nya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah.

Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan. Sedang mencari-cari.. tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pon bawak balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahun isterinya.

Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu..

Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya..

Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je bilik tu.. di ternampak cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni taktau cermin tu apa.. so, dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya.

Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya.. Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu..

Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut.
Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak..

Isteri: Apsal mak ketawa?..

Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..
Ha ha ha....

60 uses of salt

Dari MailBox...

SIXTY (Plus) USES OF SALT

Although you may not realize it, simple table salt has a great number of uses other than simply seasoning your food.

The following list will give you sixty uses of salt, many of which you probably didn't realize:-

1. If you drop a whole egg on the floor, pour salt all over the egg, let it sit for awhile, then use dustpan, the egg will come right up, without all that mess. Contributed by Ms. Jerry McGinnis.

2. Soak stained hankies in salt water before washing.

3. Sprinkle salt on your shelves to keep ants away.

4. Soak fish in salt water before decaling; the scales will come off easier.

5. Put a few grains of rice in your saltshaker for easier pouring.

6. Add salt to green salads to prevent wilting.

7. Test the freshness of eggs in a cup of salt water; fresh eggs sink;bad ones float.

8. Add a little salt to your boiling water when cooking eggs; a cracked egg will stay in its shell this way.

9. A tiny pinch of salt with egg whites makes them beat up fluffier.

10. Soak wrinkled apples in a mildly salted water solution to perk them up.

11. Rub salt on your pancake griddle and your flapjacks won't stick.

12. Soak toothbrushes in salt water before you first use them; they will last longer.

13. Use salt to clean your discolored coffee pot.

14. Mix salt with turpentine to whiten you bathtub and toilet bowl.

15. Soak your nuts in salt brine overnight and they will crack out of their shells whole. Just tap the end of the shell with a hammer to break it open easily.

16. Boil clothes pins in salt water before using them and they will last longer.

17. Clean brass, copper and pewter with paste made of salt and vinegar, thickened with flour

18. Add a little salt to the water your cut flowers will stand in for a longer life.

19. Pour a mound of salt on an ink spot on your carpet; let the salt soak up the stain.

20. Clean your iron by rubbing some salt on the damp cloth on the ironing surface.

21. Adding a little salt to the water when cooking foods in a double boiler will make the food cook faster.

22. Use a mixture of salt and lemon juice to clean piano keys.

23. To fill plaster holes in your walls, use equal parts of salt and starch, with just enough water to make stiff putty.

24. Rinse a sore eye with a little salt water.

25. Mildly salted water makes an effective mouthwash. Use it hot for a sore throat gargle.

26. Dry salt sprinkled on your toothbrush makes a good tooth polisher.

27. Use salt for killing weeds in your lawn.

28. Eliminate excess suds with a sprinkle of salt.

29. A dash of salt in warm milk makes a more relaxing beverage.

30. Before using new glasses, soak them in warm salty water for a while.

31. A dash of salt enhances the taste of tea.

32. Salt improves the taste of cooking apples.

33. Soak your clothesline in salt water to prevent your clothes from freezing to the line; likewise, use salt in your final rinse to prevent the clothes from freezing.

34. Rub any wicker furniture you may have with salt water to prevent yellowing.

35. Freshen sponges by soaking them in salt water.

36. Add raw potatoes to stews and soups that are too salty.

37. Soak enamel pans in salt water overnight and boil salt water in them next day to remove burned-on stains.

38. Clean your greens in salt water for easier removal of dirt.

39. Gelatin sets more quickly when a dash of salt is added.

40. Fruits put in mildly salted water after peeling will not discolor.

41. Fabric colors hold fast in salty water wash.

42. Milk stays fresh longer when a little salt is added.

43. Use equal parts of salt and soda for brushing your teeth.

44. Sprinkle salt in your oven before scrubbing clean.

45. Soaked discolored glass in a salt and vinegar solution to remove stains.

46. Clean greasy pans with a paper towel and salt.

47. Salty water boils faster when cooking eggs.

48. Add a pinch of salt to whipping cream to make it whip more quickly.

49. Sprinkle salt in milk-scorched pans to remove odour.

50. A dash of salt improves the taste of coffee.

51. Boil mismatched hose in salty water and they will come out matched.

52. Salt and soda will sweeten the odor of your refrigerator.

53. Cover wine-stained fabric with salt; rinse in cool water later..

54. Remove offensive odours from stove with salt and cinnamon.

55. A pinch of salt improves the flavor of cocoa.

56. To remove grease stains in clothing, mix one part salt to four parts alcohol.

57. Salt and lemon juice removes mildew.

58. Sprinkle salt between sidewalk bricks where you don't want grass growing.

59. Polish your old kerosene lamp with salt for a brighter look. Remove odors from sink drainpipes with a strong, hot solution of salt water.

60. If a pie bubbles over in your oven, put a handful of salt on top of the spilled juice. The mess won't smell and will bake into a dry, light crust which will wipe off easily when the oven has cooled.
SELAMAT MENCUBA.....

Selasa, 30 Disember 2008

Jalan-jalan Makan Angin PartII

Sambungan....

Masa di Tamu juga... aku pun pergilah cari cenderamata untuk diberi kepada rakan setugas sempena exchange gift pot luck hari isnin nanti...
oleh kerana masa suntuk... sebab takut adik menangis di rumah.. jadi aku pun ambil jak la apa yang patut... aku beli dua.. sebab aku di wakilkan oleh teman setugas yang tidak sempat beli sebab sibuk uruskan anaknya yang akan balik dari KL nanti...
jadi sebab kesuntukan masa.. aku beli benda yang sama.. cuma warna berbeza... nanti boleh lah mereka berdua compare hadiah mereka... lagipun bukan mereka tahu pun siapa yang beri.. keh keh keh...
masa beli gift tu.. c kakak pula ternampak mainan yang ada di jual di situ... aku pun tak tahu mainan apa.. tapi sengaja aku tak mau kasi beli.. sebab hari jumaat tu aku dah belikan dorang ni mainan sorang tiga jenis dekat one Borneo...
malas aku nak kasi manja sangat... jadi sepanjang perjalanan pulang tu.. muncung si kakak tersangatlah panjangnya... malas aku nak layan... dah dekat sampai rumah baru aku pujuk... he he he..

sampai rumah adik pun sudah bangun.. jadi aku suruh budak-budak mandi sementara aku menyediakan hidangan.. pas tu dalam jam 1230 tengahari kami pun bertolak dari rumah.. kami sampai di sana dalam jam 1.30...

sampai-sampai je aku amik gambar ni...




Bayaran masuk untuk orang dewasa adalah RM10, kanak-kanak berusia 4-12 tahun RM5 dan di bawah umur tu tak payah bayar... jadi kakak dengan adik free lah masuk...

selamat duit aku....

Masuk saja di dalam tu.. aku pun ndak tau mcm mana mau ceritakan... di sebelah kanan taman ada beberapa patung buaya .. naik bot ada.. buaya besar ada.. buaya tarik beca pun ada..

kakak apa lagi.. tak buang masa langsung terus naik atas patung buaya naik bot... adik masih takut-takut.. padahal He is the reason kenapa kami pergi taman buaya hari sabtu tu... (adik selalu sebut nak tengok buaya.... )





Makluman: budak yang interframe kat depan tu sebenarnya aku tak tau anak siapa.. masa aku tengah nak tangkap gambar ni... budak tu pulak tiba-tiba naik kat depan.. ahh.. ambik ajelah.. since adik pun tak mau buaya lagi... enjin adik belum panas masa nih.. masih nak menyesuaikan diri dengan environment sekeliling... malu malu kucing nya orang berunai...

Aku pun sempat jugak berposing di atas one of the buaya... aku ingatkan patung.. tapi bila ayah sebut yang tu buaya betul yang telah di bekukan.. aku pun apa lagi.. terus lompat turun.. ye lah kan... terkejut lah juga... takut di terkam oleh buaya-buaya sekalian nih... he he he..

lepas puas bergambar dengan buaya-buaya nih.. kami pun pergi ke kolam ikan.. di tepi kolam ada digantung makanan-makanan ikan yang dijual RM1.00 sebungkus.. tak ada orang jaga tau.. cumanya digantung satu peti berkunci untuk letak duit... ada juga aku terfikir.. kalaulah ada orang yang tak jujur amik je makanan ikan tu.. tapi tak bayar... then otak aku menjawab... alah.. bukannya dorang rugi pun sebab yang makan pun ikan-ikan tu...

tapi nasib baik lah kami ni orang-orang yang jujur kan... he he he... adik suka sangat kat kawasan ni.. ye lah.. cantik betul ikan-ikan nya.. balik-balik di minta makanan ikan tu untuk diberi pada ikan.. tapi ye lah.. tangan adik dan kakak ni kan masih pendek.. bila dia buang je makanan tu... ada yang tak masuk pun dalam kolam.. kalau masuk pun betul-betul di tepi kolam.. jadi apa lagi.. basah lah kami... orang sebelah-sebelah pun tumpang ketawa tengok karenah kami anak beranak.. mcm orang tak pernah jumpa ikan hidup.. ha ha ha...

ikan-ikan berebut makanan...


For the rest of the story... tengok gambar je lah yer... he he he... tak tau apa nak cerita dah...


kakak pegang buaya hidup for the first time...


Adik dan kakak tengah try their best nak tangkap ikan yang tersangatlah liarnya.... dapat sekor... itu pun ikan yang terperangkap di dalam plastik... he he he

Bersambung.....

Mama... Kerja tu main game???

ini la bah anak aku si kakak ni... asal mamanya buka komputer saja mesti dia tanya...

"mama mau main game ka???"

aku selalu jawab... "ndak lah.. mama mau buat kerja... "

tapi bila dah on komputer i cannot resist to play game for a round or two...

then si kakak pun akan tumpang sekaki lah main game... last last aku langsung tak buat kerja...

tadi masa aku menghadap komputer ni si kakak tanya...

kakak: mama mau buat kerja

mama: iya...

kakak: kakak pun mau buat kerja juga ma...

mama: mana boleh... mama mau buat kerja ni.. mana boleh kacau....

kakak: mama.... kerja tu main game ka???

mama: diam... cakap dalam hati.. .. anak aku ni kenakan aku la pulak.. cheishhh... sejibik aku kena... keh keh keh...

now .. si kakak tengah main-main dengan pistol yang aku baru belikan hari tu... adik dah tidur... tapi si mata besar ni tahan betul.. masih tak tidur-tidur lagi.. kalau tak jam 12 malam nanti ndak la dia tidur... mau mentenet pun susah... he he he...

alamak... drama bersiri ku milikmu dah on air...

jadi aku chow dulu... chow chin choww...

Apa Nak di Kata....

Aku baru saja on laptop untuk masukkan entry dalam blog ni...

Tapi tengah aku menunggu laptop ni loading... aku tengok Buletin Utama...

keluarlah berita tentang Israel dan serangan terhadap Ghaza...

aku sedih betul dengan apa yang telah melanda...

Betapa kejamnya Zionis... Betapa kejamnya sekutu Yahudi...

Semoga Allah melindungi saudara-saudara kita di sana...

dan semoga Yahudi dan sekutunya akan jahanam dalam masa yang terdekat ni...

Al-Fatihah kepada saudara-saudara kita yang telah terkorban demi mempertahankan Agama kita yang suci... semoga roh mereka di tempatkan bersama orang-orang yang di redhai Allah...

Aminn...

Berkelah di Tanjung Aru...

Hari sabtu tu kami pergi berkelah di Tanjung Aru bawa Kakak dan Adik mandi manda di pantai...
.
pagi-pagi lagi sudah bangun mau pergi ke tamu mencari Tiram dan juga lokan untuk di bakar di pantai nanti...
.
pas tu nampak pula dalus... apa lagi ayah pun beli la dalus sekali sebab katanya dah lama tak makan dalus...
.
aku pula tambah beliung-beliung dengan kerang untuk di rebus dan di makan masa di pantai..
mula-mula kami cadang masak nasik di rumah.. then kerang dengan beliung-beliung tu kami rebus di pantai jak.. tapi fikir-fikir baik rebus di rumah saja sebab malas nak bawa belanga pergi pantai... hehehe...
.
sampai di rumah aku terus masak nasik.. dan rebus kerang tu.. masak saja nasik ngan kerang.. kami terus bersiap-siap nak pergi.. sebab kata ayah hari tu mendung.. takut hujan nanti.. jadi dalam jam 11 pagi kami pun berangkatlah...
.
tanjung aru ni kalau tak jammed hanya 15 minit dari rumah...
.
tapi di sebabkan terlupa membawa gelas... kami pun singgah di pekan tanjung aru.. pergi kedai RM2.. beli lah gelas di sana.. then sambung kami punya journey...
.
rupanya sebab dah selalu kami lepak di sana.. adik sudah hafal jalan nak pergi ke sana.. siap dia yang guide jalan... adik.. adik.. ehhehe..
.
kakak pula duduk diam-diam di belakang.. excited la tu nak mandi... sebab dari rumah lagi dia sudah balik-balik tanya " mama... nanti boleh mandi ka????" sebab selalunya kalau pergi ke sana.. jarang aku kasi anak-anak aku mandi.. tapi hari sabtu tu baik pula hati aku kasi dia mandi.. ehhe..
.
sampai-sampai jak di sana.. kami cari spot yang baik punya... tapi sebab dah lambat kan.. kami dapat spot yang kureng baik punya lah... tapi ndak apa lah... asalkan boleh... heheh..
.
bila dah parking.. kami pun keluarkan semua barang-barang makanan yang ada... then ayah siapkan api untuk bakar tiram dan juga lokan.. juga dalus yang ayah nak sangat makan tu... (Dalus tu ayah sorang je makan... heheh... )
.
kakak pula tak sabar nak mandi laut.. mula-mula tak kasi sebab belum makan lagi... nak tau apa dia punya trick??? kononnya dia lapar.. pas tu dia minta makan.. aku pun kasi jak la.. baru makan dua tiga suap dia kata sudah kenyang... aku pun ok la... sekali boleh pula kakak cakap dengan aku.. "mama... sudah makan kan??? jadi boleh sudah mandi???" kurang asam anak aku ni.. aku pula di tricknya.. hehe..
.
mau ndak mau terpaksa la aku kasi kakak dan adik mandi... mau dua jam dorang berendam dalam ombak laut china selatan tu.. hehehe..
.
yang aku lucu betul tu... kakak yang tengah siok berendam berlari naik ke atas.. katanya nak buang air... aku kata.. "alah.. buang jak di dalam air tu... " hehhee... biasalah kan.. kakak pun lari balik dalam air sambil duduk.. ala-ala orang nak buang air tu.. .
.
ndak lama kemudian adik pula nak buang air... yang aku ketawa tu... sebab kalau di rumah adik kena marah buang air dalam seluar kan... sampai di sana pun dia sanggup buka seluar pas tu dia minta aku pegangkan seluar dia tu takut seluar dia kotor kena pasir.. padahal seluar tu memang dah kotor dah pun sebab kan dia basahkan seluar tu.. masa tu lucu betul... sampai aku ketawa sorang-sorang...
.
ayah pula sibuk dengan aktivitinya membakar tiram dan lokan... sambil bakar.. sambil makan.. makan masa panas... sedap betul.. di tambah lagi dengan sambal kicap... sedap hingga menjilat kulit tiram.. keh keh keh...
.
lepas makan apa semua.. kami ingat nak balik la.. tapi sebab ada kawan ayah nak datang... tapi tunggu isterinya balik dari kerja dalam jam satu tengahari.. terpaksalah kami tunggu walaupun mata rasa macam nak tidur di buai angin pantai... nak balik tak sampai hati pula sebab isterinya tengah sarat mengandung... manalah tau teringin nak makan tiram bakar kan... takut pula kempunan nanti... jadi mau ndak mau kami pun tunggu lah sampai dorang sampai...
.
dorang pula sampai dalam jam 2 setengah petang... lepas dorang makan.. lepak-lepak sekejap kami pun berkemas nak pulang...
.
yang sioknya hari tu cuaca mendung sepanjang masa.. panas pun tak.. hujan pun tak... jadi tak adalah hitam sangat kulit kena sunburn... hehehe...
.
kami sampai rumah dalam 3.30 petang.. belum buka pintu lagi dengar suara tv jiran sebelah orang mengaji... macam ada orang meninggal saja ... rupa-rupanya yang dipertuan besar negeri sembilan meninggal dunia... Innalillah...
.
Aku pun kemas barang-barang.. cuci pinggan semua... dalam jam 4 baru siap mengemas... ayah pula sudah terbongkang tidur sambil tv terpasang..adik dan kakak.. sampai rumah jer terus mandi.. kakak siap tanya lagi.. "mama... pakai baju siang atau baju malam??" memandangkan dah petang.. aku pun suruh dorang pakai baju malam..
.
lepas aku siap kemas semua.. aku pun join tidur sekali... sebab adik dan ayah dah tidur.. si mata besar kakak saja yang tahan tak tidur sebab tengok rancangan kegemarannya Tom and Jerry...
.
rancangan kami pada mulanya untuk balik ke kampung selepas dari barbeque tu...
.
tapi sebab dah penat.. kami pun balik pada hari ahad dan balik semula ke sini jam 10 malam tadi... .
.
hari ni pergi kerja pun masih penat lagi......

Rabu, 24 Disember 2008

Aku Tension....

Aku tension betul nih...

Aku nak upload gambar kat dalam blog aku nih... nak cerita pasa jalan-jalan ari tu...

tapi aku tension betul nih...

sampai hari ni... aku tak dapat nak habiskan entry tu sebab bila upload gambar je alignment paragraph lari... terpaksa aku edit lagi...

dan aku tension betul nih...

sebab... dah berapa puluh minit aku try upload gambar ... aku dah select gambar-gambar nya... tapi page could not be found la pulak...

ni yang aku tension nih..

dah berapa hari entry aku tu terperap daam draft... menunggu gambar-gambar yang susah hendak di upload nih...

mcm mana cara senang nak upload gambar yer???

hmmmm.....

tension nih...

Selasa, 23 Disember 2008

Jalan-Jalan Makan Angin...

Hari sabtu lepas.. 20/12/08 kami sekeluarga pergi ke Taman Buaya yang terletak kira-kira satu jam perjalanan dari tempat kami tinggal... kalau bawa laju mungkin cepat sikit sampai lah.. tapi sebab hendak menikmati pemandangan sekitar.. ayah pun bawa slow... (konon lah.. padahal kereta kami tu yang ndak bulih laju.. ha ha ha... )

Mula-mula kami berkira-kira hendak membawa bekal.. masak di rumah then makan di kawasan pantai yang terdekat... tapi fikir-fikir banyak pula barang yang mahu di bawa nanti... so kami ambil keputusan.. makan dulu di rumah.. kemudian baru jalan... (kami ni ndak boleh makan di luar... ndak siok makan di luar.. ndak boleh concentrate.. baru makan satu suap.. sudah terjerit-jerit sebab anak sudah lari entah ke mana... jadi kami suka makan di rumah... KONONNYA LAH... he he he)..

Jadi pagi-pagi lagi kami pergi ke pasar.. ada Tamu di kawasan berdekatan.. kami pergi bawa kakak saja.. sebab adik masih tidur.. lagi pun ada juga orang yang boleh jaga kan dia... so kami pun pergi bertiga...

Masa di pasar beli lah barang apa yang patut... tapi ternampak pula orang jual Tiram.. jadi pajak lah semua Tiram yang dia jual.. konon petang nanti lepas balik dari Taman Buaya terus pergi ke Tanjung Aru untuk Barbeque Tiram...

nampaknya post akan di sambung pada petang ini... mau pigi jalan-jalan lagi... hehehe..

To Be Continue.....

Beberapa hari yang sibuk...

Start dari minggu lepas aku sibuk betul dengan aktiviti-aktiviti di pejabat dan di rumah...

bermula dengan kursus selama dua hari yang aku belum lagi teruploadkan videonya...

kemudian bawa anak-anak jalan pergi Taman Buaya...

sambung pula dengan potluck yang kami adakan semalam...

banyak entri yang hendak ditulis sebenarnya... jadi aku akan cuba tuliskan satu persatu...

he he he....

Jumaat, 19 Disember 2008

Terkenang Semasa Dulu... Main Ungan-ungan Part IV

Part Terakhir untuk topik main ungan-ungan ni...

nak makan ikan tak payah susah-susah... sungai dekat... danau pun dekat.. nak merasa makan ikan seluang atau udang galah... kami pancing jak di sungai.. nak makan ikan karuk... ikan sepat.. ikan jalak.. atau keli.. pancing jak di danau.. semuanya ada... ya lah.. masa tu masih budak-budak kan.. apa jenis ikan pun belasah jer... masak ndak masak.. telan jer.. sedap ndak sedap.. makan jer.. hanyir ndak hanyir.. hentam jer...

tapi sekarang.. nak tengok ikan jalak ke.. ikan karuk ke.. ikan sepat ke.. pun dah kembang liur mau muntah... ndak boleh telan sudah... tapi yang aku heran tu.. masa aku di shah alam dulu.. rajin pula aku makan ikan keli masak merah.. agaknya masa tu housemate suka makan ikan keli masak merah dengan kacang botol.. (kacang gelibit) itu yang aku pun terikut-ikut juga tu..

pernah dulu.. aku begaduh dengan abang aku... kami ndak mau bawa dia main ungan-ungan... tapi dia mau juga minta ikan jalak yang aku tengah goreng tu... di sebabkan kami ndak mau bagi dia ... dan ungan-ungan yang kami buat tu di bawah pokok rambutan di depan rumah ... dia pun naik di atas pokok tu.. lalu menggoyang-goyangkan dahan pokok yang menjadi asas atap kami.. apa lagi.. habis lah beguyang atap ungan-ungan kami.. mau ndak mau... supaya ungan-ungan kami ndak roboh.. terpaksalah aku kasi dia ikan jalak goreng tu...

Apa pun abang aku yang tu.. sekarang ni dah menjadi orang yang paling berjaya dalam keluarga kami... tapi aku ndak tau lah.. kalau dia masih ingat lagi kisah ni...

tapi main ungan-ungan ni yang memberikan aku pengalaman belajar memasak sebenarnya... sebab kalau mama suruh menggoreng ikan di rumah... banyak saja alasan ku ndak mau buat.. tapi kalau main ungan-ungan rajin pula aku jadi tukang masak...

aku dan ayah selalu cerita-cerita tentang kisah masa kecil dulu.. rupa-rupanya... ayah pun pernah juga main ungan-ungan ni.. dan disebabkan main ungan-ungan ni lah.. ayah ndak boleh makan ikan jalak sampai sekarang... pernah aku try masakkan ikan jalak masak merah.. bukan main sedap lagi ayah makan...

tapi bila dia tahu yang dia makan tu ikan jalak... on the spot habis menyambur makanan di muntahkannya... ayah ndak boleh makan dua saja.. satu ikan jalak.. dan satu lagi makanan yang mengandungi belacan.. kalau termakan.. habis lah muntah...

TAMAT .... he he he....

Terkenang Semasa Dulu... Main Ungan-ungan Part III

Sambungan dari Part II

kalau beras pula... kami akan mintak beras-beras hancur dari mak masing-masing.. kami panggil lemukut... (agak-agak lebih kurang melukut di tepi gantang lah tu... ) .. lemukut tadi... kami kumpulkan dan kami masak di dalam tin milo... walaupun kadang-kadang nasi yang di masak menjadi hangus.. ataupun mentah.. namun segalanya sedap bagi kami...

dulu orang-orang di kampung kami semuanya ada sawah padi sendiri.. jadi beras ndak payah beli... padi-padi yang sudah di ketam.. akan di jemur sehingga kering dan di masukkan ke dalam satu bekas 4 segi besar yang di letakkan di bawah rumah.. besar juga lah.. kiranya ukuran 3 kaki lebar X 3 Kaki panjang X 3 kaki tinggi (entah betul entah tidak sukatan aku nih.. aku main agak ajer.. sebab tong tu lebih tinggi dari aku.. dan aku pun pernah masuk main tapuk (sembunyi) dalam tong tu sampai ndak boleh keluar)...

tapi aku lupa lah tong tu di panggil apa.. nanti aku tanya bapak aku...

jadi selalunya apabila kami kehabisan beras... kami akan menumbuk beras di dalam lesung padi... aku pun pernah menumbuk beras tu.. masa tu seronok sangat.. kadang-kadang masa tengah menumbuk padi tu.. jiran-jiran sebelah pun datang menolong...

apabila padi menjadi beras.. mak aku biasanya akan menampi dulu (masa ni aku ndak tau mau panggil apa.. padi ka.. atau beras ka... sebab bercampur kan.. ) Padi dan beras di asingkan.. mana yang masih lagi padi.. akan di masukkan semula ke dalam lesung dan di tumbuk lagi.. mana yang sudah jadi beras akan di simpan di dalam bekas beras... dan mana yang hancur tu.. akan masuk dalam beg plastik kami untuk di masak masa ungan-ungan... itulah sejarahnya... he he he...

sayurnya pula... ndak payah tanam.... ndak payah beli di pasar juga.. cari saja kangkung di tepi-tepi danau... kalau ndak pun... cari saja kiamak-kiamak juga di tepi danau... aku ndak tau la kiamak-kiamak ni apa namanya kalau dalam bahasa melayu... tapi mungkin juga orang lain tidak tahu sayur tu boleh di makan.. sebab yang aku tau dan nampak.. kalau di semenanjung.. sayur ni di jadikan bunga... agaknya orang sini jak yang tebarus makan rumput kiamak-kiamak ni... he he he...

sayur kiamak-kiamak ni selalunya di masak dengan piasau (kelapa).. macam masak santan.. tapi dimasukkan sekali kelapa-kelapanya.. bagi ibu-ibu yang baru melahirkan.. sayur ni sesuai dijadikan makanan sebab menolong menggalakkan pertambahan air susu... nanti aku cari dulu sayur ni kalau masih ada... dan akan ku tampalkan gambarnya di sini...

Bersambung lagi... jangan marah...

Terkenang Semasa Dulu... Main Ungan-ungan Part II

Sambungan dari Part I...
sebelum memulakan permainan.. kami kena cari dulu bekas-bekas karung yang tidak digunakan lagi.. karung ini termasuklah .. karung padi.. karung guni.. dan yang sewaktu dengannya..

karung ni gunanya di jadikan dinding pondok ... untuk memudahkan membina pondok.. pondok biasanya di dirikan bersebelahan dengan pagar rumah.. biasanya di sebelah luar pagar.. kalau ada pokok kayu lagi best.. sebab senang tak payah buat asas atap lagi...

karung-karung yang diperolehi tadi.. akan di sangkutkan di tepi pagar untuk menjadikannya satu dinding... kemudian kami akan pacakkan kayu-kayu untuk dijadikan tiang-tiang.. membentuk segi empat.. dan ikatkan karung-karung yang belen menjadi dinding-dinding... dan juga pintu hadapan...

tikar? tak perlu risau-risau... pokok pisang banyak.. ambik sahaja daunnya.. masa tu kalau bapak nampak.. habislah kena libas dengan tali pinggang sebab rosakkan pokok pisangnya.. ha ha ha...

Dapur pula diperbuat daripada bekas-bekas tin susu junjung yang sudah kosong... tin susu ni akan di susun dalam bentuk 3 segi dan dijarakkan mengikut kesesuaian periuk nasi atau kuali... tin ni biasanya di tanam separuh ke dalam tanah supaya tidak tumbang bila memasak nanti...

kayu api daripada ranting-ranting kayu yang sudah reput.. juga daun-daun buluh yang sudah kering... mancis pula seludup dari dapur... siapa-siapa yang berani tu bolehlah curi-curi ambik minyak tanah di dapur... kalau ndak berani.. curi lah getah sekerap bapak di bawah rumah... paling cincai pun tayar basikal (peladar beskal) yang sudah tidak digunakan lagi digunting-gunting dan di bakar untuk menyalakan kayu api ...
selalunya mak akan bising sebab mancisnya selalu hilang dari dapur.. ya lah.. masa dulu-dulu mana ada dapur gas atau dapur elektrik macam sekarang ni... yang ada hanyalah dapur kayu .. siapa-siapa yang kaya tu ada lah dapur semawar barang sebiji dua di rumahnya... he he he..
untuk masak nasik.. kami selalu guna tin milo saiz sederhana sahaja... kuali pula ... selalunya kami ambik je kuali lama-lama yang sudah tidak digunakan lagi.. kira recycle lah tu...
sumber makanan??? ini yang paling best ... kalau setakat garam ... gula... ajinomoto... cili... bawang... minyak masak ... dan sebagainya.. tak perlu susah-susah hati nak beli di kedai.. tunggu saja mak masing-masing keluar dari dapur dan seluduplah apa yang ada di dapur... heheh..

masa tu siapa yang ada kicap di rumah... bolehlah di definisikan sebagai orang kaya.. selalunya aku lah yang membawa kicapnya.. jadi aku lah yang Kaya... hahahaha... tapi kalau kedapatan.. habislah kena marah oleh mak...

Bersambung........

Terkenang Semasa Dulu.... Main Ungan Ungan Part I

Masa kecil-kecil dulu, aku dan kengkawan aku (mostly sepupu sepapat) suka main ungan-ungan...

bagi yang tak tahu ungan-ungan ni apa... well.. dalam bahasa melayunya.. ungan-ungan ni main pondok-pondok... tapi bukan macam sekolah pondok tu...
dalam permainan ni akan ada seorang mak.. seorang bapak.. dan beberapa orang anak bergantung kepada extra lah.. dan yang penting kena ada sebuah pondok... pondok buruk pun tak kisah...

tugas seorang bapak adalah untuk mencari sumber-sumber makanan mentah yang akan diberikan kepada mak...

tugas seorang mak pula adalah memasak di dapur yang dibuat di dalam pondok tu...

tugas anak-anak pula adalah membantu.. samada mak atau bapak dia...

tapi yang paling best kalau dapat jadi anak bulan... kononnya anak yang paling kecil la.. tak payah buat apa apa.. tunggu makan jer...

aku pernah dapat tugasan jadi bapak... jadi mak.. juga jadi anak... jadi anak bulan pun pernah... ha ha ha...
syarat utama dalam permainan ni.. anak-anak akan panggil mak bapak dia "mak"... dan juga "bapak".. ndak boleh sebut nama .. walaupun usia kebanyakkannya sebaya dan juga jantinanya sama ... kononnya berlakon lah tu... ha ha ha..
To Be Continued....

badanku sakit sakit

Oleh kerana dua hari kami berkursus... (semalam dan kelmarin)

dan kursus itu pula banyak melibatkan aktiviti fizikal... seperti jogging... angkat orang... dan ketawa...

maka hari ini.. habis badanku sakit sakit... bejalan pun macam orang tua.. aduhhh.. sakit...

tapi kursus dua hari tu memang menyeronokkan.. bukan seperti kursus biasa yang membosankan ... aku rasa inilah kursus yang paling menyeronokkan yang pernah aku attend.. selama dua hari kami tak berhenti-henti ketawa.. dan macam macam peristiwa berlaku...

bagi aku.. siapa yang telah dipilih menyertai kursus ini dan tidak mahu menghadirinya... samada cuti... salah ejaan nama... ataupun malas mau attend ... mereka adalah orang-orang yang benar-benar rugi...

pasal apa? sebab inilah masanya dalam setahun kita di berikan peluang untuk menghilangkan tekanan kerja dengan ketawa... dan membuat aktivi fizikal yang jarang kita lakukan... sekurang-kurangnya... sambil menambahkan ilmu pengetahuan... kita boleh mengurangkan bebanan yang kita alami sekarang... dan jangan lupa... dua hari MAKAN FREE.. hahahha

nanti ada masa aku cerita lebih lanjut pasal kursus ni... dan ada video sekali.. hehehe...

tapi.. walaubagaimana sakit badanku sekali pun... tidak akan menjadi penghalang aku untuk jalan-jalan ke 1 bornero tengahari ni bersama rakan sekerja... sakit pun sakit lah... yang penting.. kita enjoyyy... aku sudah bawa selipar jipun ni... ndak sabar rasanya... ehhehe

Selasa, 16 Disember 2008

Blog Post Migration...

Oleh kerana hari ni aku sudah migrate kan banyak post daripada blog aku yang lama, maka aku ndak publish apa apa post yang baru hari ni...

jadi sila-sila lah baca post post yang aku migrate kan tu...

c Boboi

Walaupun lagu ni sudah lama... tapi masih siok lagi di dangar...

Oh kanak-kanak…
apa kau bawa.. telur dua biji.. minta ku sebiji..

oh children children…
what are u all bringing.. two little chicken egg… give me one chicken egg..

marah karang nini.. ke mana nini mu?
mengambil daun.. kan diaapanya daun..
membuat balai.. buat mengayuk-ayuk.. ambuyat semangkuk agung…

ketawa kami bekerakakan mendangar lagu si boboy ani.. mana inda.. kebaruan ba mendangar lagu berunai lam radio.. sanggup lagi tu kami merakam dalam komputer.. dalam cd… dan yang sewaktu dengannya.. karang ani.. nda kira komputer d opis.. di rumah.. di henpon.. dalam kereta.. semua ada lagu si boboy..

bila mendangar lagu ani.. teringat jua ku masa kami damit-damit dulu.. lagu ani aja tah yang kami lagukan hari-hari.. bila suda basar sedikit.. lupa sudah kami lagu ni.. ingatkan anak cucu ku nanti inda la mendangar lagu ni.. nasib baik ada c boboy ni.. dapat jua kami mendangar lagi lagu ni..

kepada boboy… aku tabik senggalai lah sama kau ni.. kau la penyambung warisan orang berunai.. hehehhe…

Jangan Maki Orang

Dari Blog Lama...

******

kisah ani adalah kisah benar… memang bekait dengan yang idup.. aku la bah yang idup tu..

tadi mulih keraja… sampai ba sudah d kampung ani.. bah, tau lah jalan kampung sampit bah.. sudah tu bertembung la aku ni dengan storm anak jiran sebalah rumah aku ni… mantang-mantang ia kereta basar aku kancil.. d suruh nya aku berundur.. kalau menyuruh tu sanyum-sanyum inda jua apa.. dengan rela hati jua ku mengundurkan kereta ku…

tapi ani.. mcm urang mengalau anak ayam.. eiii.. panas ati ku… sudah ia limpas tarus ku cakap sekuat-kuat ati ku.. BUDUH! na baru ko tau.. tapi cakap lam ati aja la.. karang cakap kuat-kuat mendangar ia karang.. mati karang kana tampar mulut ku yang seksi ani.. he he he

nda apa.. nanti kau.. kalau aku sudah beli lori sepuluh tan.. ko suruh la aku undur.. mintak mahap.. ku pijak-pijak storm mu tu dengan lori ku.. penja’at jua aku ni..

mau dijadikan cerita yang sama dengan tajuknya.. :p jadi sampai lah aku ni di persimpangan depan rumah ku.. di depan ku ada satu kancil mau masuk… pas tu ada satu iswara mau keluar.. alahh.. urang-urang sebalah menyebalah rumah bah jua ni..

jadi kancil tu berundur suda mau kasi iswara ni jalan.. ni pun iswara punya deraiber ni satu jua buduhnya ni.. bukannya mau mengalah.. main hantam semberono jua ni.. ari tu nyaris kereta ku kan di langgarnya.. masa tu ia pakai rusa… nda apa.. mantang-mantang kereta ku ni kancil..

jadi tadi.. mula-mula pun ia nda mau mengalah.. padahal di belakannya tu ada kawasan luas ba.. cuba la undur sekajap… last-last bila suda aku menabak di dapannya.. aku nda mau undur.. malas suda ku kan mengalah aja.. dengan mua yang bidanya.. dia pun undur..

manang jua aku ari ni.. tapi tu la.. TATAP aku pun kana kata BUDUH tu tadi.. Tapi aku padulik apa...

Moral of the story? jangan suka suka ati mak bapak tiri mak kau maki orang.. nanti ko juga yang kana maki tu nanti..

C Adik Bawa Kereta...

Ini juga post dari blog lama... masa dadik usia 5 bulan..

********

ni lah ni mau di jadikan cerita.. abis nda tau apa sudah mau di tulis kan.. :p c adik yang baru berumur 5 bulan ni sudah pandai bawak kereta… nda picaya? nda picaya sudah…

hari tu aku pulang dari keraja.. malas mau balik rumah ambil baby car seat lagi.. jadi aku terus la bah ambil anak aku yang dua orang ni..kakak duduk di sebelah deraiber.. adik pula aku pangku.. abis alum pandai duduk sendiri lagi.. biasanya kalau yang d pangku tu kakak, abis la setereng tu di kerajakannya.. sampai kan masuk ke parit .. nasib baik jalan kampung tu damit nda banyak kereta.. kalau banyak.. nda tau lah..

jadi aku ingatkan c adik aku pangku ni ndak la pandai memigang stereng kereta tu.. rupanya lagi terer dari kakaknya.. eiii.. anak aku ni.. kuat tangannya kan memusing stereng.. nyaris kami anak beranak masuk dalam belitang.. apa la adik nih…

tapi apa-apa hal pun.. anak teruna aku ni memang aktif… masa umur dia belum masuk 5 bulan lagi sudah aku kasi masuk dalam baby walker… first taim dia masuk dalam baby walker tu lagi pandai sudah kakinya mengayuh.. apa lagi.. ketawa kami di rumah melihat gelagatnya..

ada hari tu.. dia dalam baby walkernya berjalan ke meja telepon. boleh pula meja tu tumbang di tariknya kain alas.. pas tu suka la hatinya sebab telepon tu tepat-tepat jatuh di atas meja baby walkernyer.. eii.. adik.. nasib baik jatuh d sana.. kalau jatuh atas kepalamu tu.. sampai esok belum tentu lagi kau diam dari menangis.. eiii.. anak aku ni.. gauk tapi manja.. paling ia pantang tingu mamanya jalan limpas-limpas ia.. mesti ia menangis mau minta ambil…

apa-apa pun.. aku tetap sayang anak-anak aku.. durang lah penawar jantung hati intan payung dan yang sewaktu dengannya…

i love u…
u love me..
we are happy family..
with a great big hug and a kiss from me to u..
wont u say u love me too..

lagu ni mama tujukan khas untuk kakak dan dadik.. cewahh.. sampattt lagi aku mendediket kan lagu ni tuk anak-anak aku..

Mama Rock! he he he

Kisah Seekor Monyet...

Alkisah....

Ada seekor monyet, dari sekumpulan monyet… menaiki sebatang pokok, dan monyet-monyet yang lain duduk di bawah menunggu…

apabila monyet tadi sampai ke atas.. dia tunduk ke bawah dan melihat monyet-monyet yang di bawah tadi melihatnya dengan senyuman di bibir.. lalu terdetik dihati monyet tadi bahawa monyet-monyet yang di bawah ini menyanjunginya.. menghormatinya sebab dia berjaya memanjat ke atas...

tetapi monyet di atas ini tidak tahu bahawa.. apabila monyet-monyet di bawah ini mendongak ke atas… apa yang dilihatnya adalah "A***ole"…. hua hua hua..
moral of the story…

kepada bos-bos… jangan ingat orang bawahan senyum bila nampak bos .. jangan ingat mereka tu hormat… tapi sebenarnya dalam hati mereka.. melihat bos-bos ini seperti "A***ole" .. jangan perasan sendiri…

pada monyet-monyet bawah… hormatilah monyet yang di atas tuh.. at least dia lebih tinggi pangkatnya daripada kita yang di bawah ni.. walaupun apabila kita dongak kita nampak "A***ole" hua hua hua…

kisah adik yang buas…

juga post lama... dated 7 januari 2007..

********

semalam adalah hari perkahwinan sepupuku.. memang meriah bangat… mana taknya dia satu satunya anak perempuan makcik ku.. apa lagi.. meriah lah.. sumer kaler ijau ijau gitu… mcm caterpillar la pulak.. hua hua hua..

pelamin hijau.. pengantin hijau… tuan rumah hijau… orang dalam hijau… bak kata pepatah.. apa yang ada kait mengait.. sumer lah kaler ijau…

hari-hari sebelum tu aku memang tak menjengah ke sana… bukannya apa.. malas mau jalan dengan perangai anak-anak aku yang begitu.. kalau kakak aku tak kisah.. kakak ok.. tak banyak pe’el… adik ni yang buat aku sakit kepala.. cerewet bukan main lagi… iskk… hanya semalam kami anak beranak datang sana.. ayah tak pegi.. sebab ayah ada program di pulau bangi.. then terus pergi kuala penyu.. very busy person la ayah sekarang nih…

nak dijadikan cerita anak aku yang buas nih… semalam… masa aku mandikan kakak.. elok-elok je adik duduk dalam bilik.. masa aku pakaikan baju kakak pun.. adik masih dalam bilik lagi.. bila aku dah selesai pakaikan kakak baju.. adik dah hilang.. menonong dia jalan pergi dapur.. belum sempat aku STOP dia.. dia dah kasi tumpah air kopi satu kendi.. nasib baik la kopi tu dah suam suam.. tak la panas sangat.. dah dia kasi tumpah… boleh pula dia pergi berenang dalam air kopi tu.. adehhhh.. sakit kepala aku.. tak pasal pasal awal awal lagi mulut aku dah bising meleter c adik.. apa la dadik nih.. iskkk…

sampai tempat orang kawin… adik okeh.. mana taknya.. ramai orang yang nak jaga dia.. but then.. bila dia mengantuk.. satu rumah boleh dengar suaranya.. tension aku anak aku satu orang ni.. kalau nak tidur.. bukannya boleh tidur macam tu je… kalau tak menenen… dia mesti kena buai… mana la aku nak cari buai kat situ.. aduii.. adik adik..

next week.. adik dah nak satu tahun… happy birthday adik… mama will always love you.. walaupun mama selalu spank adik… hehhe

Fenomena Euro…

Post ni sebenarnya aku copy n paste dari blog aku yang dah lama aku tinggalkan di friendster...
mana-mana post yang aku rasa masih relevant aku copy semula ke sini.. sebab aku nak hapuskan segala yang ada kat sana... :)

**********

Bagaimana hendak memulakan topik ini? bagi aku yang tiada pengalaman penulisan.. tiada banyak fakta.. memang sukar hendak menulis sebuah topik berat begini… tapi apa yang bakal aku tulis ini adalah dari rasa hati aku sendiri… (dah aku punya ruangan.. suka hati aku lah mau tulis apa… hehehe) so.. sesiapa yang diluar sana rasa offended… mintak mintak lah bersabar yer… sebab ini ruangan aku.. mcm aku kata tadi.. suka hati aku lah mau tulis apa.. jangan marah..

ini satu fenomena yang melanda masyarakat kita sekarang ni.. jangan tipu lah.. mana mana kedai kopi.. mana mana kampung.. mana mana pejabat semuanya cerita pasal euro.. makan.. euro.. kerja .. euro.. ke tandas.. euro.. malah tidur pun mimpikan euro.. begitu hebat fenomena euro sekarang ini..

cuma aku yang katak dibawah tempurung ini yang baru sedar.. baru terbuka mata tentang euro ini kelmarin.. agak terlambat lah katakan.. maklumlah.. ol pesen nya orang berunai…

masa makan kelmarin bukan main rancak lagi member member kerja aku cerita pasal euro euro ni.. bersemangat betul dorang bercerita pasal benda ni.. mau jual lah.. mau top up lah.. sampai aku makan pun dua tiga suap saja.. asik mendengar cerita mereka.. hubby aku pun diam saja dengar cerita mereka.. sebab kami tak tahu mcm mana hendak bercerita.. maklumlah.. tidak berkecimpung dalam pasaran euro euro nih… ol pesen kan.. hehehe

bila aku balik ke rumah.. adik adik aku pulak cerita pasal abang aku masuk euro nih.. laaaa.. rupanya benda ni sudah melarat sampai ke kampung kampung.. aku yagn kerja di bandar… hari hari mengadap komputer ni pula yang baru tahu kelmarin.. sedangkan abang aku entah sudah berapa banyak duit yang dia laburkan… hmmmm…

terfikir juga aku mau join benda ni.. kalau aku labur dalam rm 3,800 aku dapat berapa pendapatan sehari? berapa dollar? sebulan aku boleh dapat dalam puluhan ribu RM.. betul atau salah… amboi.. semangat sudah aku ni mau jadi kaya..

tapi ada sesuatu yang membuat aku berfikir! aku teringat pada kata-kata seorang teman… semasa aku beritahu dia bahawa aku ada insuran AIA… dia kata lebih kurang begini

"kalau kita melabur dengan Orang Barat…. (Orang putih lah tu) kita tidak tahu kemana duit kita itu akan dilaburkan semula… ke kandang kuda? ke kilang arak? ke tempat tempat perjudian? ke rumah rumah pelac****an? Na’uzubillahi min zalik.." jadi di sana aku terfikir..

memang betul duit yang kita laburkan tu HALAL.. hasil dari titik peluh kita sendiri.. tapi hasil dari pelaburan yang kita dapat itu.. adakah sumbernya halal? sudah namanya orang putih.. masakan dia mahu melabur dalam projek-projek yang lambat mendatangkan keuntungan.. sudah tentu mereka melabur dalam benda-benda yang cepat dapat untung.. apa perkara yang mendatangkan keuntungan yang cepat? JUDI? Lumba Kuda? Arak? Pel*****an? bukankah itu semua?

Nauzubillahi min zalik.. kalau hendak menjadi kaya sekalipun.. carilah punca rezeki yang Halal.. Mencari yang halal itu adalah satu fardu ‘ain.. bukan fardu kifayah.. tapi benda yang diwajibkan ke atas SETIAP umat islam.. kalau kita berbuat sesuatu yang menghasilkan seuatu yang mendatangkan keraguan… (reasonable doubt nya orang putih) lebih baik kita menghindari perkara tersebut…

"kalau kita ingin mendapat anak yang soleh.. anak yang solehah.. anak yang baik.. perkara pertama yang kita kena jaga adalah makanannya.. kita kena pastikan sumber makanan yang kita perolehi adalah sesuatu yang halal.. makanan yang haram ni bukan hanya makanan-makanan yang diharamkan oleh ISlam.. bukan itu.. SUMBER yang HARAM juga boleh MENGHARAMKAN makanan yang kita makan.. makanan yang haram.. boleh menghitamkan hati kita.. bila hati jadi hitam.. ajaran yang baik tentulah susah hendak masuk.. bila sudah susah hendak masuk.. bagaimana kita hendak meninggalkan anak-anak yang soleh dan solehhah kelak?"

kesenangan di dunia senang kita cari.. malah duduk menghadap komputer ketika ini pun kita boleh mencipta kewangan.. dalam tidur pun kita boleh mendapatkan wang.. cuma caranya kena betul..

kalau diikutkan main saham boleh mendatangkan kekayaan.. main saham juga boleh mendatangkan kepapapan… kalaulah betul main saham ni menjadikan seseorang itu jutawan.. kenapa masih ramai broker-broker saham yang tidak jadi jutawan sekarang? kenapa masih menjadi broker? kenapa masih mahu melihat orang lain menjadi kaya kerana mereka? kenapa tidak mereka sendiri mengambil peluang itu untuk menjadi kaya? dan bukan hanya menjadi seorang broker? KENAPA? mungkin ada ramai broker di luar sana yang sudah jadi kaya.. tapi kalaulah benar mereka itu PAKAR dalam saham sehinggakan mereka menjadi BROKer kenapa masih jadi broker?

begitu juga halnya dengan bomoh bomoh yang mengaku boleh tarik duit… pakar nombor.. kenapa mereka masih menjadi bomoh sampai sekarang? masih mengharapkan duit pengkeras dari orang lain.. kalau lah betul.. kenapa la dia tidak tarik saja duit sendiri.. bukankah dia sudah jadi jutawan sekarang? dan bukannya BOMOH?

hmmm.. satu fenomena masyarakat kita sekarang ini.. mahu hidup senang tapi mahukan cara yang senang.. bukan senang nak jadi senang.. dan bukan susah hendak jadi susah..

dan aku? menulis begini juga tidak akan mendatangkan kesenangan kepada aku.. betul kata kawan aku kelmarin.. antara YES dan NO sahaja..

kalau ambil YES.. kita akan ada DUA kemungkinan.. SATU: kita akan jadi KAYA… yang ke DUA: kita akan jadi MISKIN kerapa PAPA… tapi kalau kita kata NO.. kita juga akan ada dua kemungkinan.. SATU: kita akan tetap MISKIN.. dan DUA: kita akan ketawakan kawan kita yang PAPA tadi.. tapi bagi aku.. biarlah aku ambil NO… bukan aku pengecut.. bukan aku tidak mahu ambil risiko untuk kehilangan duit…

kalau pasal duit.. bila bila kita boleh cari.. bumi Tuhan ni Luas.. bumi Tuhan ni kaya.. bukan itu sahaja yang boleh mendatangkan kesenangan.. biarlah aku tetap miskin.. asalkan apa yang aku berikan kepada anak anak ku berpunca dari sumber yang HALAL… bukan dari sumber yang meragukan.. dan bukan juga dari sumber yang telah menghancurkan saudara-saudaraku di bumi palestin dan IraQ…

Semoga Allah melindungi kita semua daripada sumber yang haram dan meragukan.. Semoga Allah melindungi anak-anak kita agar tidak menjadi orang-orang yang sesat… Semoga Allah memberikan kita anak-anak yang soleh dan solehah yang bersih hatinya.. yang kuat imannya.. agar kurang juga Azab yang kita terima di Akhirat kelak.. Aminnnnn… Ya Rabbal ‘Alaminnn…

Isnin, 15 Disember 2008

He Who Cannot Be Named...

so sad...

aku dah tulis panjang-panjang pasal He Who Cannot Be Named ni...

aku karang di notepad... so bila dah habis karang, aku just copy & paste di sini...

masalahnya...

aku dah siap edit.. copy & paste... tapi... bila aku nak publish error lah pulak...

then... aku bukan COPY ya.. tapi aku CUT dan aku tak save notepad tu...

so.. there goes my entry... habis.. hilang.. lenyap entah ke mana...

nanti lah ada masa aku tulis balik entri ni...

atau mungkinkah... Tuhan tidak mengizikan aku membuat entri tersebut???

sesungguhnya Allah maha mengetahui...

Adik muntah muntah

Hari ni aku tak tahu nak tulis apa...

baru tadi hubby aku telefon.. dia bagi tau adik muntah muntah ...

aku tengah risau ni... adik ni dah lah kurus.. kalau dah menyusu asyik muntah je.. mesti lah bertambah kurus lagi...

nak balik rumah pun serba salah..

satu.... ramai staff kami yang bercuti hari ni.. kalau aku balik rumah.. for sure tak ada orang yang cover lagi...

ke dua... masa hubby telefon.. aku tengah makan dengan bos aku... aku ada cakap dengan hubby, kalau keadaan adik berterusan ambik aku kat opis... then aku bagitau bos aku.. tapi dia pandang aku semacam jer... macam orang tak kasi je... ni yang aku rasa lain nih...

aduh.. macam mana lah keadaan adik sekarang nih... mama harap adik lekas sembuh...

Ahad, 14 Disember 2008

kecohnya sebelum majlis...

Aku masih lagi di kampung...

Alhamdulillah, majlis menggunting rambut anak buahku yang baru lahir berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa masalah menimpa....

yang pertama... malam sabtu hari tu... adik aku telefon, mak mertua dia meninggal dunia... Innalillah... Al-Fatihah...
yang sebenarnya anak adik aku ni lah yang hendak di gunting rambutnya malam tadi...
tapi oleh kerana semua barang dah di beli... lamban pun dah di buat, mau tak mau... terpaksalah teruskan majlis menggunting malam tadi...

yang kedua... mak aku awal-awal pagi lagi dah buat kecoh... mak aku ni sebenarnya kurang sabar sikit.. dan cepat panik.. biasalah orang tua...

mak aku kecoh sebab tak ada orang yang nak temankan dia ke pasar.. sebab adik aku sibuk nak menguruskan jenazah arwah mak mertua dia yang baru meninggal... aku pun offer lah diri hubby aku.. keh keh keh... jadi semua pun setuju.. hubby aku akan temankan mak aku pergi pasar...

yang tak bestnya.. balik dari pasar.. mak aku dah bising bising.. mana ikan bekalang... mana ikan bekalang... adohhh.. mak aku dah buat hal lagi... dia dah tinggalkan ikan bekalang yang dibelinya di pasar.. pasar tu pula adalah dalam 45 minit perjalanan... TANPA TRAFFICK JAM... bayangkan berapa jauhnya pasar tu dari rumah aku ni... hubby aku pula dah pergi ke kebun... nak menebas pokok getah yang baru di tanamnya.. untuk hari tua kelak...

nasib baik lah... anak buah aku yang paling tua sanggup menemankan mak aku ke pasar semula... dan nasib baik juga.. penjual ikan tu kenal mak aku.. dan dia dah simpankan ikan bekalang yang mak aku beli tadi ... nasib lah baik...

then di rumah pulak... dekat pukul 12 tengahari.. jiran jiran aku pulak kecoh.. mana kakak aku yang nak menolong kerja ni... aku memang tak menolong lah kalau potong-potong daging dengan ayam ni..bukan apa.. semenjak dua tiga hari ni aku rasa mual nengok ikan mentah... daging dan yang sewaktu dengannya...

aku telefon kakak aku.. suh mai cepat... katanya tak ada kereta nak datang ke mari... yang aku geram tu.. apasal tak cakap awal-awal.. kan kat sini ada banyak kereta... sapa sapa pun boleh datang ambik...

then aku telefon makcik aku yang dilantik menjadi chef cook untuk kenduri... makcik aku pulak kata... dia tak dapat datang tengahari sebab dia ada di ibukota.. menghadiri majlis kahwin...
aadoh... sakit kepala aku...

selepas daripada kekecohan tu... alhamdulillah... semua yang lain berjalan lancar... hinggalah sampai waktu untuk kenduri...

tapi aku kesian adik ipar aku... malam tadi semasa orang tengah berzanji... dia nangis... agaknya dia sedih terkenangkan emak dia yang baru meninggal...

apa apa pun... Al-Fatihah buat arwah mak mertua adik aku tu... semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang diredhai oleh Allah... Amin...

Jumaat, 12 Disember 2008

Terkenang Semasa Dulu... Kampung ku

Aku sekarang berada di kampung...

Ada majlis menggunting rambut anak buah ku yang baru lahir... sekali dengan kenduri rumah baru....

kenduri sebenarnya berlangsung malam esok... tapi hari ni dah mula sibuk membuat dan memasak lamban... esok barulah sibuk masak untuk hidangan kenduri...

kalau dulu... sehari sebelum kenduri.. sanak saudara sudah ramai yang datang... tambah seronok.. kerana ramai sepupu yang pulang... kami pun bermain dari pagi sampai ke malam...

ke mana pun kami pergi.. soal keselamatan tidak pernah menjadi penghalang...

kalau dulu.. pagi kami main kejar-kejar.... tengahari main ungan-ungan... petang bermandi-manda di sungai depan rumah... malam main tapuk-tapuk...

siapa kisah?? siapa peduli??? tidak ada pula kedengaran kes culik... tidak ada pula kes anak hilang...

Balik pada kenduri....

kalau dulu... jiran-jiran sama-sama menolong menyediakan juadah...
sama-sama menolong memasak...
sama-sama menolong menghidang ...
sama-sama menolong mengemas ...

tapi sekarang????
nak harapkan jiran??? kirim salam... jiran sebelah pintu pun belum tentu kita kenal lagi...

sekarang ... segala-galanya katering...

memasak... katering...
mengemas.. katering...
mencuci... katering...

tuan rumah hanya perlu menyediakan lebih syiling ...

bersyukurlah pada yang tinggal di kampung.. walaupun tidak banyak.. sekurang-kurangnya tradisi bergotong royong masih lagi di amalkan hingga sekarang...

cuma... jiran-jiran tak semua yang datang membantu...
jiran-jiran.. tak semua datang ke majlis...
jiran-jiran... lebih suka memandang dari bekerja bersama...

jiran-jiran sekarang dah pandai tunjuk lagak sesama jiran...
jiran-jiran sekarang dah pandai bermasam muka sesama jiran...
jiran-jiran sekarang dah pandai berpuak-puak sesama jiran...
jiran-jiran sekarang dah pandai memilih bulu jiran...
jiran-jiran sekarang dah pandai mengampu jiran....
jiran-jiran sekarang dah pandai memboikot jiran....
jiran-jiran sekarang dah pandai menggosip hal jiran...
jiran-jiran sekarang dah pandai tak peduli anak-anak jiran... kau jaga anak kau.. aku jaga anak aku...

begitulah semangat kejiranan di kampung aku sekarang...

dulu aku rasa kampung aku sangat harmoni... suasana sunyi... nyaman... menyegarkan...

sekarang... kampung aku dah tak macam dulu lagi...

anak jiran sebelah dah pandai minum arak...
anak jiran sebelah terlibat dalam kes tak bermaruah....
anak jiran sebelah.. pasang radio melalak-lalak...
anak jiran sebelah bawak kereta macam orang tak cukup tanah...
anak jiran sebelah.. ditegur sikit... kita dia suruh pindah...
anak jiran sebelah... di marah sikit.. mak bapak dia pulak yang marah...

apa la nak jadi dengan kampung aku nih...

Jadi To Mayah...

Aku ada dua orang anak...

anak yang yang pertama perempuan... kami panggil kakak...

anak aku yang ke dua lelaki... kami panggil adik...

kakak dah nak masuk 5 tahun...

adik pula nak masuk 3 tahun.. cakap pun ada pelat sikit..

Ayah, kakak dan adik ada satu ayat yang sudah menjadi trend antara mereka sendiri... "Jadi Kau Marah"...

tapi aku paling tak suka kalau mereka cakap begitu dengan aku... pernah ayah tanya kenapa aku tak suka .. aku kata... "itu namanya mengolok!.. jangan keluarkan ayat begitu depan aku.. nanti aku tampar mulut!"...

pernah satu malam.. tengah mood aku tak baik.. aku dengar kakak bisik dengan adik...

"adik.. cuba kau cakap gitu sama mama"... adik balas

"tidak mau!" ...

aku pula senyum senyum sendiri...

"haa... tau takut!" he he he...

semalam.. masa balik dari pejabat.. macam biasa ayah akan ambil aku... adik dan kakak juga akan mengikut... kakak biasa duduk belakang. Adik pula suka duduk atas pangkuan aku.. jadi adik duduk di depan...

dalam perjalanan balik, aku bercakap-cakap dengan ayah.. tapi aku tak ingat pasal apa...
tapi mungkin sebab aku tengah bad mood... nada aku bercakap seperti marah-marah...

adik pun bukak mulut:

"Jadi To Mayah?......"

the way adik cakap begitu.. dengan gaya sebutan dan intonasinya... buat orang yang marah jadi hilang marah... aku yang tak marah ketika itu... terus ketawa...

"ooooo... adik berani cakap gitu dengan mama ya... mari mama tampar ni mulut adik.... " lalu adik pun menutup mulutnya...

kakak yang di belakang.. langsung tak tahu apa yang berlaku.. sebab kakak sudah tidur kepenatan dengan dengkurnya...

jadi semalam... adik telah berjaya menceriakan hariku semula....

mama sayang adik... mama sayang kakak...