Rabu, 31 Disember 2008

Jalan-Jalan Makan Angin Part III

Sambungan...

Pertunjukan Buaya ni sebenarnya diadakan dua kali sehari, jam 11 pagi dan juga jam 3 petang... tapi oleh kerana kami miss-informed, (kami ingat jam 3.30 ptg) jadi kami ndak la dapat the best view of all... terpaksa la kami fill in the blanks jer...



berani kan dorang ni... ada satu pertunjukan tu yang dia masukkan tangan dalam mulut buaya.. tapi aku tak sempat nak snap.. sabar jer la..
selain daripada buaya-buaya yang banyak kat sana... ada juga haiwan-haiwan sampingan yang dipelihara di sana.. antaranya tuntung... ikan keli... ayam katik... burung merak... burung unta... rusa dan sebagainya...


burung unta ni baunya amatlah tidak menyenangkan.. tengok saja muka si kakak... kena paksa bergambar dengan burung unta tu.. masa ni si adik sudah lari jauh-jauh sebab bau busuk katanya.....

anak-anak aku suka di kawasan ni.. suka-suka ati mak bapak dorang je nak naik itu nak naik ini...


gambar yang atas tu.. sebenarnya adik tengah lari-lari di kawasan ni.. dia nak cuba semua buaya satu persatu... bila tengok mamanya nak amik gambar on the spot dia berhenti berlari dan terus cekak pinggangnya.. "mama.. derambai adik..." (mama... ambil gambar adik..)



ini pula koleksi buaya-buaya yang ada kat sana... ada banyak sebenarnya ... tapi sebab kamera dah full tak bolehlah nak ambik banyak-banyak... ini pun sebenarnya dah lebih dari banyak dah nih... he he he...

Buaya-buaya sekalian... beratur......



buaya julung-julung ni muncungnya panjang sedepa.. agaknya merajuk sebab tak dapat makan ayam segar..

ini pula buaya tembaga... patutlah di gelar buaya tembaga.. tengok lah warnanya.. agaknya masa kecik buaya ni kena jaundis tak.. keh keh keh..
buaya sukau ni dahsyat man... pernah makan orang dan cederakan orang di sungai kinabatangan... takut kan... aku pun gerun je nak nengok...

ini pula buaya sibongkok tanjung puteri.. tengoklah belakangnya yang ada benjol tu... aku tak tau la buaya ni cacat ke atau memang ada jenis buaya macam ni..


Anak-anak buaya yang dikeraskan dan di jual dengan harga rm150 seekor... tak minat den nak beli eh...

di depan pintu masuk taman buaya ni ada kedai jual barangan buaya seperti beg-beg tangan.. dompet... dan sebagainya... tapi sebab aku tak berminat dengan barangan-barangan ni... lagipun harganya.. wow.. bukan main lagi... semuanya ke atas RM1,500.00... kami pun tengok je la.. malas aku nak amik gambar...


tapi.. walaupun kami tak beli apa-apa cenderamata dari kedai-kedai yang ada kat sini.. kami telah berjaya pulang dengan membawa seekor buaya yang amat istimewa...


tak percaya????


skroll bawah untuk tengok buaya yang kami bawa pulang itu....



>

>

>

>

>

>

>
>

>
>



Jeng jeng jeng.. ini lah buaya nya...




jangan marah... hehehe




sekian untuk jalan-jalan makan angin di taman buaya...


untuk makluman.. petang hari tu kami tak jadi barbeque di Tanjung Aru sebab hari hujan... sedih...

Tamat....

Tiada ulasan: