Selasa, 16 Disember 2008

kisah adik yang buas…

juga post lama... dated 7 januari 2007..

********

semalam adalah hari perkahwinan sepupuku.. memang meriah bangat… mana taknya dia satu satunya anak perempuan makcik ku.. apa lagi.. meriah lah.. sumer kaler ijau ijau gitu… mcm caterpillar la pulak.. hua hua hua..

pelamin hijau.. pengantin hijau… tuan rumah hijau… orang dalam hijau… bak kata pepatah.. apa yang ada kait mengait.. sumer lah kaler ijau…

hari-hari sebelum tu aku memang tak menjengah ke sana… bukannya apa.. malas mau jalan dengan perangai anak-anak aku yang begitu.. kalau kakak aku tak kisah.. kakak ok.. tak banyak pe’el… adik ni yang buat aku sakit kepala.. cerewet bukan main lagi… iskk… hanya semalam kami anak beranak datang sana.. ayah tak pegi.. sebab ayah ada program di pulau bangi.. then terus pergi kuala penyu.. very busy person la ayah sekarang nih…

nak dijadikan cerita anak aku yang buas nih… semalam… masa aku mandikan kakak.. elok-elok je adik duduk dalam bilik.. masa aku pakaikan baju kakak pun.. adik masih dalam bilik lagi.. bila aku dah selesai pakaikan kakak baju.. adik dah hilang.. menonong dia jalan pergi dapur.. belum sempat aku STOP dia.. dia dah kasi tumpah air kopi satu kendi.. nasib baik la kopi tu dah suam suam.. tak la panas sangat.. dah dia kasi tumpah… boleh pula dia pergi berenang dalam air kopi tu.. adehhhh.. sakit kepala aku.. tak pasal pasal awal awal lagi mulut aku dah bising meleter c adik.. apa la dadik nih.. iskkk…

sampai tempat orang kawin… adik okeh.. mana taknya.. ramai orang yang nak jaga dia.. but then.. bila dia mengantuk.. satu rumah boleh dengar suaranya.. tension aku anak aku satu orang ni.. kalau nak tidur.. bukannya boleh tidur macam tu je… kalau tak menenen… dia mesti kena buai… mana la aku nak cari buai kat situ.. aduii.. adik adik..

next week.. adik dah nak satu tahun… happy birthday adik… mama will always love you.. walaupun mama selalu spank adik… hehhe

Tiada ulasan: