Khamis, 11 Disember 2008

Terkenang Semasa Dulu (Mills n Boon)

Peristiwa ni berlaku kira kira 13 tahun yang lalu...

dahulu aku ada satu hobi yang paling aku minati... rasanya sampai sekarang pun masih suka lagi.. cuma masa dan keadaan yang tidak mengizinkan aku untuk melakukannya... juga mungkin atas satu sebab aku tidak lagi melakukannya hingga sekarang...

hobi itu adalah membaca... buku yang paling aku suka waktu tu pula ialah buku Romance... dan masa tu.. aku paling suka baca Mills n Boon yang warna pink tu..

waktu kejadian aku di tingkatan 6 bwh... dekat dengan sekolah tu ada perpustakaan cawangan di daerah dalam negeri yang aku duduk ni lah.. nak di jadikan cerita.. aku n da geng pun masuklah ke dalam perpustakaan tu.. masa tu perpustakaan tu masih belum ada bangunan sendiri.. masih menyewa di bagunan kedai.. sekarang dah ada bangunan sendiri dah.. cantik lagi..

aku pun pinjam dua buah buku mills n boon... satu aku ingat tajuknya.. shotgun wedding.. yang satu lagi aku dah tak ingat... aku bukan nak cerita pasal cerita yang terkandung dalam buku tu.. tapi aku nak cerita pasal apa yang berlaku pada buku yang aku tak ingat tajuknya tu...

kerana aku gila membaca... aku sanggup bersekang mata menghabiskan buku yang aku baca sampai larut malam... sampaikan mak bapak aku tegur perbuatan aku tu.. tapi aku ni kan pengerasi... mana aku peduli apa yang mereka tegurkan...

diluar pengetahuan mak bapak aku... aku masih meneruskan aktiviti membaca sampai larut malam.. aku padamkan lampu bilikku dan aku pasang lilin supaya mereka tidak sedar...

jadi malam tu.. aku membaca buku yang aku tak ingat tajuknya.. dan tak ingat jalan ceritanya.. mungkin buku tersebut memboringkan.. sebab tu aku tak ingat apa apa.. sampai aku tak ingat bila aku tertidur...

aku tak ada lah pandai sangat nak buat suspen dalam cerita ni... tapi apa yang berlaku pada malam tu memang salah aku juga... dah mengantuk nak baca buku juga.. pakai cahaya lilin... kemudian tertidur..

sebelum aku beritahu apa yang terjadi... mari aku gambarkan dulu rupa katilku masa tu...

aku tidur atas katil queen size.. di bahagian kepala katil.. ada rak bertingkat... rak atas sekali aku letak lilin.. dan rak bawah aku akan letakkan buku yang aku baca... rak atas kecil sedikit berbanding rak bawah...

malam tu... nasib baiklah aku tak kunci pintu bilik... rupanya bapak aku rasa tak sedap hati malam tu.. lalu menjenguk aku kat bilik yang sedang tidur...

Apa yang dilihatnya mampu membuat his heart stop a beat.. nasib baik dia tak ada sakit jantung... apa tidak.. aku tengah sedap tidur.. atas kepala aku api marak menyala .. rupanya lilin yang aku letak di atas bekas minyak rambut code 10 tu telah pun membakar keseluruhan bekas, dan bekas tersebut mencair dan mengalir ke atas buku yang aku tak ingat tajuk dan jalan ceritanya tu...

apa lagi.. bapak aku pun bergegas memadamkan api yang menyala tu sambil memarahi aku... tapi syukurlah bapak aku menjenguk bilik aku malam tu.. kalau tak... tak ada la aku nak menulis entri ni hari ni.. kalau survive pun.. mungkin kepala aku botak sebab kena api.. he he..

aku selamat, syukur alhamdulillah... tapi yang tak selamat buku yang aku tak ingat tajuk dan jalan ceritanya... cover belakang hangus terbakar... satu kes pula nak kembalikan buku ke perpustakaan...

alkisahnya... aku pun mintak la kawan aku tolong kembalikan buku tersebut... kawan aku cakap, penjaga kaunter tu tak tanya apa apa... selamatt...

ironiknya...

sekarang aku kerja di ibu pejabat perpustakaan di negeri yang aku diami ni... dan perpustakaan cawangan di mana aku pinjam buku yang aku tak ingat tajuk dan jalan ceritanya dan terbakar cover belakangnya itu adalah di bawah jagaan ibu pejabat perpustakaan ini...

aku juga pernah bekerja di kaunter perpustakaan cawangan tersebut... dan setiap kali aku menjejakkan kaki di sana.. aku tentu akan teringat peristiwa ini.. di mana aku dengan tidak sengaja dan dalam diam telah merosakkan harta awam jabatan ku sendiri... shhh.. jangan beritahu sesiapa.. ini rahsia antara kita... ;P

Tiada ulasan: