Jumaat, 19 Disember 2008

Terkenang Semasa Dulu... Main Ungan-ungan Part II

Sambungan dari Part I...
sebelum memulakan permainan.. kami kena cari dulu bekas-bekas karung yang tidak digunakan lagi.. karung ini termasuklah .. karung padi.. karung guni.. dan yang sewaktu dengannya..

karung ni gunanya di jadikan dinding pondok ... untuk memudahkan membina pondok.. pondok biasanya di dirikan bersebelahan dengan pagar rumah.. biasanya di sebelah luar pagar.. kalau ada pokok kayu lagi best.. sebab senang tak payah buat asas atap lagi...

karung-karung yang diperolehi tadi.. akan di sangkutkan di tepi pagar untuk menjadikannya satu dinding... kemudian kami akan pacakkan kayu-kayu untuk dijadikan tiang-tiang.. membentuk segi empat.. dan ikatkan karung-karung yang belen menjadi dinding-dinding... dan juga pintu hadapan...

tikar? tak perlu risau-risau... pokok pisang banyak.. ambik sahaja daunnya.. masa tu kalau bapak nampak.. habislah kena libas dengan tali pinggang sebab rosakkan pokok pisangnya.. ha ha ha...

Dapur pula diperbuat daripada bekas-bekas tin susu junjung yang sudah kosong... tin susu ni akan di susun dalam bentuk 3 segi dan dijarakkan mengikut kesesuaian periuk nasi atau kuali... tin ni biasanya di tanam separuh ke dalam tanah supaya tidak tumbang bila memasak nanti...

kayu api daripada ranting-ranting kayu yang sudah reput.. juga daun-daun buluh yang sudah kering... mancis pula seludup dari dapur... siapa-siapa yang berani tu bolehlah curi-curi ambik minyak tanah di dapur... kalau ndak berani.. curi lah getah sekerap bapak di bawah rumah... paling cincai pun tayar basikal (peladar beskal) yang sudah tidak digunakan lagi digunting-gunting dan di bakar untuk menyalakan kayu api ...
selalunya mak akan bising sebab mancisnya selalu hilang dari dapur.. ya lah.. masa dulu-dulu mana ada dapur gas atau dapur elektrik macam sekarang ni... yang ada hanyalah dapur kayu .. siapa-siapa yang kaya tu ada lah dapur semawar barang sebiji dua di rumahnya... he he he..
untuk masak nasik.. kami selalu guna tin milo saiz sederhana sahaja... kuali pula ... selalunya kami ambik je kuali lama-lama yang sudah tidak digunakan lagi.. kira recycle lah tu...
sumber makanan??? ini yang paling best ... kalau setakat garam ... gula... ajinomoto... cili... bawang... minyak masak ... dan sebagainya.. tak perlu susah-susah hati nak beli di kedai.. tunggu saja mak masing-masing keluar dari dapur dan seluduplah apa yang ada di dapur... heheh..

masa tu siapa yang ada kicap di rumah... bolehlah di definisikan sebagai orang kaya.. selalunya aku lah yang membawa kicapnya.. jadi aku lah yang Kaya... hahahaha... tapi kalau kedapatan.. habislah kena marah oleh mak...

Bersambung........

Tiada ulasan: