Ahad, 14 Disember 2008

kecohnya sebelum majlis...

Aku masih lagi di kampung...

Alhamdulillah, majlis menggunting rambut anak buahku yang baru lahir berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa masalah menimpa....

yang pertama... malam sabtu hari tu... adik aku telefon, mak mertua dia meninggal dunia... Innalillah... Al-Fatihah...
yang sebenarnya anak adik aku ni lah yang hendak di gunting rambutnya malam tadi...
tapi oleh kerana semua barang dah di beli... lamban pun dah di buat, mau tak mau... terpaksalah teruskan majlis menggunting malam tadi...

yang kedua... mak aku awal-awal pagi lagi dah buat kecoh... mak aku ni sebenarnya kurang sabar sikit.. dan cepat panik.. biasalah orang tua...

mak aku kecoh sebab tak ada orang yang nak temankan dia ke pasar.. sebab adik aku sibuk nak menguruskan jenazah arwah mak mertua dia yang baru meninggal... aku pun offer lah diri hubby aku.. keh keh keh... jadi semua pun setuju.. hubby aku akan temankan mak aku pergi pasar...

yang tak bestnya.. balik dari pasar.. mak aku dah bising bising.. mana ikan bekalang... mana ikan bekalang... adohhh.. mak aku dah buat hal lagi... dia dah tinggalkan ikan bekalang yang dibelinya di pasar.. pasar tu pula adalah dalam 45 minit perjalanan... TANPA TRAFFICK JAM... bayangkan berapa jauhnya pasar tu dari rumah aku ni... hubby aku pula dah pergi ke kebun... nak menebas pokok getah yang baru di tanamnya.. untuk hari tua kelak...

nasib baik lah... anak buah aku yang paling tua sanggup menemankan mak aku ke pasar semula... dan nasib baik juga.. penjual ikan tu kenal mak aku.. dan dia dah simpankan ikan bekalang yang mak aku beli tadi ... nasib lah baik...

then di rumah pulak... dekat pukul 12 tengahari.. jiran jiran aku pulak kecoh.. mana kakak aku yang nak menolong kerja ni... aku memang tak menolong lah kalau potong-potong daging dengan ayam ni..bukan apa.. semenjak dua tiga hari ni aku rasa mual nengok ikan mentah... daging dan yang sewaktu dengannya...

aku telefon kakak aku.. suh mai cepat... katanya tak ada kereta nak datang ke mari... yang aku geram tu.. apasal tak cakap awal-awal.. kan kat sini ada banyak kereta... sapa sapa pun boleh datang ambik...

then aku telefon makcik aku yang dilantik menjadi chef cook untuk kenduri... makcik aku pulak kata... dia tak dapat datang tengahari sebab dia ada di ibukota.. menghadiri majlis kahwin...
aadoh... sakit kepala aku...

selepas daripada kekecohan tu... alhamdulillah... semua yang lain berjalan lancar... hinggalah sampai waktu untuk kenduri...

tapi aku kesian adik ipar aku... malam tadi semasa orang tengah berzanji... dia nangis... agaknya dia sedih terkenangkan emak dia yang baru meninggal...

apa apa pun... Al-Fatihah buat arwah mak mertua adik aku tu... semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang diredhai oleh Allah... Amin...

Tiada ulasan: