Jumaat, 19 Disember 2008

badanku sakit sakit

Oleh kerana dua hari kami berkursus... (semalam dan kelmarin)

dan kursus itu pula banyak melibatkan aktiviti fizikal... seperti jogging... angkat orang... dan ketawa...

maka hari ini.. habis badanku sakit sakit... bejalan pun macam orang tua.. aduhhh.. sakit...

tapi kursus dua hari tu memang menyeronokkan.. bukan seperti kursus biasa yang membosankan ... aku rasa inilah kursus yang paling menyeronokkan yang pernah aku attend.. selama dua hari kami tak berhenti-henti ketawa.. dan macam macam peristiwa berlaku...

bagi aku.. siapa yang telah dipilih menyertai kursus ini dan tidak mahu menghadirinya... samada cuti... salah ejaan nama... ataupun malas mau attend ... mereka adalah orang-orang yang benar-benar rugi...

pasal apa? sebab inilah masanya dalam setahun kita di berikan peluang untuk menghilangkan tekanan kerja dengan ketawa... dan membuat aktivi fizikal yang jarang kita lakukan... sekurang-kurangnya... sambil menambahkan ilmu pengetahuan... kita boleh mengurangkan bebanan yang kita alami sekarang... dan jangan lupa... dua hari MAKAN FREE.. hahahha

nanti ada masa aku cerita lebih lanjut pasal kursus ni... dan ada video sekali.. hehehe...

tapi.. walaubagaimana sakit badanku sekali pun... tidak akan menjadi penghalang aku untuk jalan-jalan ke 1 bornero tengahari ni bersama rakan sekerja... sakit pun sakit lah... yang penting.. kita enjoyyy... aku sudah bawa selipar jipun ni... ndak sabar rasanya... ehhehe

Tiada ulasan: