Jumaat, 12 Disember 2008

Terkenang Semasa Dulu... Kampung ku

Aku sekarang berada di kampung...

Ada majlis menggunting rambut anak buah ku yang baru lahir... sekali dengan kenduri rumah baru....

kenduri sebenarnya berlangsung malam esok... tapi hari ni dah mula sibuk membuat dan memasak lamban... esok barulah sibuk masak untuk hidangan kenduri...

kalau dulu... sehari sebelum kenduri.. sanak saudara sudah ramai yang datang... tambah seronok.. kerana ramai sepupu yang pulang... kami pun bermain dari pagi sampai ke malam...

ke mana pun kami pergi.. soal keselamatan tidak pernah menjadi penghalang...

kalau dulu.. pagi kami main kejar-kejar.... tengahari main ungan-ungan... petang bermandi-manda di sungai depan rumah... malam main tapuk-tapuk...

siapa kisah?? siapa peduli??? tidak ada pula kedengaran kes culik... tidak ada pula kes anak hilang...

Balik pada kenduri....

kalau dulu... jiran-jiran sama-sama menolong menyediakan juadah...
sama-sama menolong memasak...
sama-sama menolong menghidang ...
sama-sama menolong mengemas ...

tapi sekarang????
nak harapkan jiran??? kirim salam... jiran sebelah pintu pun belum tentu kita kenal lagi...

sekarang ... segala-galanya katering...

memasak... katering...
mengemas.. katering...
mencuci... katering...

tuan rumah hanya perlu menyediakan lebih syiling ...

bersyukurlah pada yang tinggal di kampung.. walaupun tidak banyak.. sekurang-kurangnya tradisi bergotong royong masih lagi di amalkan hingga sekarang...

cuma... jiran-jiran tak semua yang datang membantu...
jiran-jiran.. tak semua datang ke majlis...
jiran-jiran... lebih suka memandang dari bekerja bersama...

jiran-jiran sekarang dah pandai tunjuk lagak sesama jiran...
jiran-jiran sekarang dah pandai bermasam muka sesama jiran...
jiran-jiran sekarang dah pandai berpuak-puak sesama jiran...
jiran-jiran sekarang dah pandai memilih bulu jiran...
jiran-jiran sekarang dah pandai mengampu jiran....
jiran-jiran sekarang dah pandai memboikot jiran....
jiran-jiran sekarang dah pandai menggosip hal jiran...
jiran-jiran sekarang dah pandai tak peduli anak-anak jiran... kau jaga anak kau.. aku jaga anak aku...

begitulah semangat kejiranan di kampung aku sekarang...

dulu aku rasa kampung aku sangat harmoni... suasana sunyi... nyaman... menyegarkan...

sekarang... kampung aku dah tak macam dulu lagi...

anak jiran sebelah dah pandai minum arak...
anak jiran sebelah terlibat dalam kes tak bermaruah....
anak jiran sebelah.. pasang radio melalak-lalak...
anak jiran sebelah bawak kereta macam orang tak cukup tanah...
anak jiran sebelah.. ditegur sikit... kita dia suruh pindah...
anak jiran sebelah... di marah sikit.. mak bapak dia pulak yang marah...

apa la nak jadi dengan kampung aku nih...

Tiada ulasan: