Selasa, 16 Disember 2008

Fenomena Euro…

Post ni sebenarnya aku copy n paste dari blog aku yang dah lama aku tinggalkan di friendster...
mana-mana post yang aku rasa masih relevant aku copy semula ke sini.. sebab aku nak hapuskan segala yang ada kat sana... :)

**********

Bagaimana hendak memulakan topik ini? bagi aku yang tiada pengalaman penulisan.. tiada banyak fakta.. memang sukar hendak menulis sebuah topik berat begini… tapi apa yang bakal aku tulis ini adalah dari rasa hati aku sendiri… (dah aku punya ruangan.. suka hati aku lah mau tulis apa… hehehe) so.. sesiapa yang diluar sana rasa offended… mintak mintak lah bersabar yer… sebab ini ruangan aku.. mcm aku kata tadi.. suka hati aku lah mau tulis apa.. jangan marah..

ini satu fenomena yang melanda masyarakat kita sekarang ni.. jangan tipu lah.. mana mana kedai kopi.. mana mana kampung.. mana mana pejabat semuanya cerita pasal euro.. makan.. euro.. kerja .. euro.. ke tandas.. euro.. malah tidur pun mimpikan euro.. begitu hebat fenomena euro sekarang ini..

cuma aku yang katak dibawah tempurung ini yang baru sedar.. baru terbuka mata tentang euro ini kelmarin.. agak terlambat lah katakan.. maklumlah.. ol pesen nya orang berunai…

masa makan kelmarin bukan main rancak lagi member member kerja aku cerita pasal euro euro ni.. bersemangat betul dorang bercerita pasal benda ni.. mau jual lah.. mau top up lah.. sampai aku makan pun dua tiga suap saja.. asik mendengar cerita mereka.. hubby aku pun diam saja dengar cerita mereka.. sebab kami tak tahu mcm mana hendak bercerita.. maklumlah.. tidak berkecimpung dalam pasaran euro euro nih… ol pesen kan.. hehehe

bila aku balik ke rumah.. adik adik aku pulak cerita pasal abang aku masuk euro nih.. laaaa.. rupanya benda ni sudah melarat sampai ke kampung kampung.. aku yagn kerja di bandar… hari hari mengadap komputer ni pula yang baru tahu kelmarin.. sedangkan abang aku entah sudah berapa banyak duit yang dia laburkan… hmmmm…

terfikir juga aku mau join benda ni.. kalau aku labur dalam rm 3,800 aku dapat berapa pendapatan sehari? berapa dollar? sebulan aku boleh dapat dalam puluhan ribu RM.. betul atau salah… amboi.. semangat sudah aku ni mau jadi kaya..

tapi ada sesuatu yang membuat aku berfikir! aku teringat pada kata-kata seorang teman… semasa aku beritahu dia bahawa aku ada insuran AIA… dia kata lebih kurang begini

"kalau kita melabur dengan Orang Barat…. (Orang putih lah tu) kita tidak tahu kemana duit kita itu akan dilaburkan semula… ke kandang kuda? ke kilang arak? ke tempat tempat perjudian? ke rumah rumah pelac****an? Na’uzubillahi min zalik.." jadi di sana aku terfikir..

memang betul duit yang kita laburkan tu HALAL.. hasil dari titik peluh kita sendiri.. tapi hasil dari pelaburan yang kita dapat itu.. adakah sumbernya halal? sudah namanya orang putih.. masakan dia mahu melabur dalam projek-projek yang lambat mendatangkan keuntungan.. sudah tentu mereka melabur dalam benda-benda yang cepat dapat untung.. apa perkara yang mendatangkan keuntungan yang cepat? JUDI? Lumba Kuda? Arak? Pel*****an? bukankah itu semua?

Nauzubillahi min zalik.. kalau hendak menjadi kaya sekalipun.. carilah punca rezeki yang Halal.. Mencari yang halal itu adalah satu fardu ‘ain.. bukan fardu kifayah.. tapi benda yang diwajibkan ke atas SETIAP umat islam.. kalau kita berbuat sesuatu yang menghasilkan seuatu yang mendatangkan keraguan… (reasonable doubt nya orang putih) lebih baik kita menghindari perkara tersebut…

"kalau kita ingin mendapat anak yang soleh.. anak yang solehah.. anak yang baik.. perkara pertama yang kita kena jaga adalah makanannya.. kita kena pastikan sumber makanan yang kita perolehi adalah sesuatu yang halal.. makanan yang haram ni bukan hanya makanan-makanan yang diharamkan oleh ISlam.. bukan itu.. SUMBER yang HARAM juga boleh MENGHARAMKAN makanan yang kita makan.. makanan yang haram.. boleh menghitamkan hati kita.. bila hati jadi hitam.. ajaran yang baik tentulah susah hendak masuk.. bila sudah susah hendak masuk.. bagaimana kita hendak meninggalkan anak-anak yang soleh dan solehhah kelak?"

kesenangan di dunia senang kita cari.. malah duduk menghadap komputer ketika ini pun kita boleh mencipta kewangan.. dalam tidur pun kita boleh mendapatkan wang.. cuma caranya kena betul..

kalau diikutkan main saham boleh mendatangkan kekayaan.. main saham juga boleh mendatangkan kepapapan… kalaulah betul main saham ni menjadikan seseorang itu jutawan.. kenapa masih ramai broker-broker saham yang tidak jadi jutawan sekarang? kenapa masih menjadi broker? kenapa masih mahu melihat orang lain menjadi kaya kerana mereka? kenapa tidak mereka sendiri mengambil peluang itu untuk menjadi kaya? dan bukan hanya menjadi seorang broker? KENAPA? mungkin ada ramai broker di luar sana yang sudah jadi kaya.. tapi kalaulah benar mereka itu PAKAR dalam saham sehinggakan mereka menjadi BROKer kenapa masih jadi broker?

begitu juga halnya dengan bomoh bomoh yang mengaku boleh tarik duit… pakar nombor.. kenapa mereka masih menjadi bomoh sampai sekarang? masih mengharapkan duit pengkeras dari orang lain.. kalau lah betul.. kenapa la dia tidak tarik saja duit sendiri.. bukankah dia sudah jadi jutawan sekarang? dan bukannya BOMOH?

hmmm.. satu fenomena masyarakat kita sekarang ini.. mahu hidup senang tapi mahukan cara yang senang.. bukan senang nak jadi senang.. dan bukan susah hendak jadi susah..

dan aku? menulis begini juga tidak akan mendatangkan kesenangan kepada aku.. betul kata kawan aku kelmarin.. antara YES dan NO sahaja..

kalau ambil YES.. kita akan ada DUA kemungkinan.. SATU: kita akan jadi KAYA… yang ke DUA: kita akan jadi MISKIN kerapa PAPA… tapi kalau kita kata NO.. kita juga akan ada dua kemungkinan.. SATU: kita akan tetap MISKIN.. dan DUA: kita akan ketawakan kawan kita yang PAPA tadi.. tapi bagi aku.. biarlah aku ambil NO… bukan aku pengecut.. bukan aku tidak mahu ambil risiko untuk kehilangan duit…

kalau pasal duit.. bila bila kita boleh cari.. bumi Tuhan ni Luas.. bumi Tuhan ni kaya.. bukan itu sahaja yang boleh mendatangkan kesenangan.. biarlah aku tetap miskin.. asalkan apa yang aku berikan kepada anak anak ku berpunca dari sumber yang HALAL… bukan dari sumber yang meragukan.. dan bukan juga dari sumber yang telah menghancurkan saudara-saudaraku di bumi palestin dan IraQ…

Semoga Allah melindungi kita semua daripada sumber yang haram dan meragukan.. Semoga Allah melindungi anak-anak kita agar tidak menjadi orang-orang yang sesat… Semoga Allah memberikan kita anak-anak yang soleh dan solehah yang bersih hatinya.. yang kuat imannya.. agar kurang juga Azab yang kita terima di Akhirat kelak.. Aminnnnn… Ya Rabbal ‘Alaminnn…

Tiada ulasan: