Isnin, 5 Januari 2009

Tak Lama Lagi HariJadi Adik....

Hmmm...

Pejam celik pejam celik... tak lama lagi adik dah nak masuk 3 tahun...

sedangkan...

rasanya macam baru semalam aku keluar masuk hospital sebab ada masalah dengan kesihatan semasa mengandung...

rasanya macam baru semalam aku melahirkan adik tanpa lama menahan sakit nak bersalin..

rasanya macam baru semalam aku bersengkang mata sebab menjaga adik yang demam akibat kena jarum....

rasanya macam baru semalam aku dodoikan adik dalam buaian...

rasanya macam baru semalam aku gaduh ngan mak aku sebab aku tak pandai diamkan adik yang menangis tak henti-henti....

rasanya macam baru semalam aku bercuti tanpa gaji selama beberapa bulan sebab nak jaga adik yang masih kecik...

rasanya macam baru semalam adik berak-berak sampai berat badannya turun mendadak..

rasanya macam baru semalam adik belajar bertatih...

rasanya macam baru semalam adik baru belajar bercakap...


sungguh cepat masa berlalu...

adik dah pandai berlari sana... berlari sini...

adik dah pandai bercakap... walaupun masih petah lagi...

adik dah pandai mintak beli itu.. mintak beli ini...

adik dah pandai bezakan apa yang dia nak... apa yang dia tanak...

adik dah pandai merajuk....

adik dah pandai buat lawak...

adik dah pandai kira satu hingga sepuluh....

adik dah pandai ABC.. (walaupun tak semua , at least dia tahu A untuk buaya... (Aligator)... hahah.. )

adik dah pandai saiko kami semua untuk ikut kehendaknya.... (tapi mamanya lagi saiko... sebab buat donno jer... ) he he he

tak lama lagi hari jadi adik...

aku dah plan nak sambut harijadinya tahun ni.. sebab tahun lepas kami missed harijadi adik due to beberapa problems... jadi tahun ni aku nak tebus lah kiranya...

aku dah pakat ngan kakak aku suh mereka pulang kampung masa harijadi adik nanti... kebetulan tarikh harijadi adik tahun ni jatuh pada hari sabtu, jadi bolehlah sambut di kampung ...

adik aku pun dah setuju nak sponsor kek untuk adik... aku request kek keladi... (mama dia pula yang over... ha ha ha... )

aku fikir nak masakkan makanan kegemaran adik nanti... (ayam goreng... je lah pun... )

ni aku tengah berkira-kira nak buatkan cup cake untuk adik nanti... sebab adik suka makan kek coklat.. aku ingat nak buatkan cup cake coklat untuk dia...

then nak buat puding kegemaran adik tu... dadih mangga dan juga puding aiskrim...

nak buat apa lagi yer untuk anak manja mama nih... ????

hmmmmmm........

p/s: 2 minggu lagi umur adik nak masuk 3 tahun... and i am suspecting something...

but as it is not confirm yet... i dont want to tell to anyone eventhough my mak sedara always tells me not to this.. not to do that...

then again.. when it confirm, i'll tell you guys about this... no need to worry.. you will know as soon as possible when it become official..... :)

Tiada ulasan: