Khamis, 1 Januari 2009

Khasiat Biji Sawi

Dari MailBOX.....



biji sawi...


Kenalkah anda biji sawi?

Tahukah anda akan khasiatnya?

Biji sawi yang sering dicampurkan bersama rempah ratus ke dalam masakan sebenarnya memiliki kelebihan yang tidak diduga jika dibandingkan dengan kekerdilan saiz bijian itu.

Menurut Imam Abu Hanifah, biji sawi boleh menyembuhkan penyakit serta menghilangkan kesan penyakit.

Kenyataan ini diceritakan oleh Rasulullah SAW. Hadis daripada Ibnu Abbas daripada Rasulullah SAW sesungguhnya baginda bersabda," Apakah dua perkara yang dapat menyembuhkan sesuatu? lalu baginda menjawabnya sendiri: biji sawi dan sifat sabar".

Wujud percanggahan di antara ulama tentang kesahihan hadis ini, ramai yang mengatakan ia sebuah hadis dhaif.

Namun begitu Ibnu Taiyim seorang ulama yang pakar perubatan telah menghuraikan khasiat-khasiatnya di dalam kitab Ath-Thibbun Nabawi :-

01. Memanaskan tubuh badan

02. Melawaskan perut dan melicinkan salur tahi perut

03. Mengeluarkan cacing daripada perut

04. Mengelakkan bengkak limpa

05. Mengikis kudis bernanah

06. Meransang nafsu syahwat

07. Mengelakkan sesak nafas

08. Menambah selera makan

09. Mengikis kekotoran dan kesat pada limpa

10. Membersihkan paru-paru

11. Melancarkan pengaliran darah haid

12. Mengeluarkan peluh daripada liang peluh yang tersekat

13. Menghilangkan rasa lenguh atau bisa pada pangkal peha

14. Melapangkan paru-paru dan daripada lendir yang melekat

15. Jika diminum dengan campuran biji sawi yang digiling, ia dapat membantu menyembuhkan penyakit sopak

16. Jika disalut dengan madu, seterusnya ia dimakan dapat meredakan bengkak pada limpa

17. Jika dicampur dengan air dan diminum ia dapat memasakkan sebiji bisul yang tumbuh

Tiada ulasan: