Ahad, 4 Januari 2009

Dalam Milo Ada Melamine Ka???

Mari Sama-sama kita renungkan....

Doktor, dengar cerita dalam Milo ada melamine, betul ka ?

Kenapa ? tanya lelaki yang hampir botak kepalanya.

Eh ! kan bahaya melamine pada kita , boleh rosakkan buah pingang dan bahayakan nyawa.
Patut kena tarik balik...

Dah "sure" ka ada melamine ? Itu mungkin Milo dari China, di Malaysia tak terlibat koot ...

Aku bengang dengan helah doktor botak tu.

Milo yang ada di sini mungkin dari tempat lain..

Mana doktor tahu ? Aku menyyanggah.

Apa yang kau bimbangkan sangat ??

Aku tarik nafas panjang, apa punya "banggan" orang tua ni ?

Kau bimbang, sebab membahayakan diri kau, boleh bunuh dan
cacatkan anak-anak kau...
Kau marah sebab kena diri kau, bukan sebab nanya orang lain.
Selama ni Milo, nescafe dan lain-lain keluaran Nestle dok sumbangkan kesengsaraan pada saudara dan anak saudara kita di Palestin, tak kamu rasa pun !


Gedebuak, aku kena dengan orang tua tu, padan muka aku, tak berani aku menjawab,
terkebil-kebil. Aku berani tengok tepi mata bini aku yang dok di sebelah aku ja.

Selama ni Milo dah kolek duit dari ayah dan nenek kita dan sumbangkan pada zionis musuh Allah, tak kita rasa pun. Rupanya peperangan mereka, kita yang sponser ! Pembunuhan sedara kita di Palestin, kamu yang minum Milo yang sponser, betul dak ?

Dia tak berenti cakap

Bila kena diri sendiri, takut pula..
Kedekut betul kamu ni!

Kena lagi sebijik . Doktor tak minum Milo ?
Tanya aku, mengacahnya.

Bertahun dah tak beli dan tak minumnya.

Esyyh, pelek sangguh ! Betul ka ? Kata aku kehairanan, ada juga doktor yang tak minum milo.

Patutnya dah lama Milo tu ditarik balik, malah di hukum, tak layak ada di Mesyia ni ! Dah berapa banyak dia sumbangkan kerosakkan kepada anak-anak saya dan anak kamu. Betul tak ? tanya dia garang..

Aku tak berani nak jawab.

Kamu tak rasa ka, kita ni bersaudara ? Itu yang Rasulullah ajar ! Anak-anak mereka adalah anak-anak kita juga, sengsara mereka, sengsara kita juga.

Ya laa doktor, tak minum milo pun, kita tak rugi. Banyak lagi pilihan lain. Celah isteri ku yang dari tadi diam.

Kita berjuang memilih untuk meminum milo atau minum yang lain,
anak-anak Palestin berjuang untuk hidup dalam kesengsaraan atau mati terbunuh ! Pilihan kita masih banyak.

Lelaki botak itu dah berdiri.. bersungguh-sungguh dalam nadanya

Jomlah kita tengok keluar, jom bantu orang yang sedang dianiaya,
Jom ubah paradigma... Kalau kita tak berkorban, lama-lama Islam
akan terkorban. Minum milo halal, tapi berbelanja untuk menyumbang
penganiayaan mana-mana insan, sama sekali tidak halal.

Aww,

Isteriku memijak anak jari kaki aku.



Mari kita Boikot Barangan Israel...



senarai syarikat zionist dan aktiviti mereka
http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.php

Tiada ulasan: