Sabtu, 10 Januari 2009

Kalau Sudah Itu Takdir-Nya

AMARAN : Apa yang ingin aku tuliskan bukanlah untuk meraih simpati atau kutukan sesiapa... cuma apa yang ingin aku sampaikan adalah sebagai hamba kita harus Redha dengan ketentuan dari Ilahi...
..,
Seperti yang pernah aku tuliskan, aku bukanlah seorang yang berada... aku dilahirkan dalam keluarga yang serba sederhana... bapak aku hanya buat kerja-kerja kampung.. toreh getah... tukang buat rumah... buat kuih bahulu... mak aku pula berjualan kuih muih tradisional setiap hari sabtu dan ahad... tapi aku tak malu untuk mengaku pekerjaan bapak dan mak aku.. sebab kerana mereka lah aku dan adik beradik lain berjaya menjejakkan kaki ke menara gading...
..,
bila aku dengar pengalaman orang lain berjalan ke sana sini... bercuti ke sana sini... hidup senang.. ada itu.. ada ini... dan sebagainya.. aku rasa rendah diri.. tidak kurang juga ada sedikit iri di dalam hati... tapi tidak lah sampai membenci...
..,
bila aku tengok rakan sekerja hidup senang dan tidak ada kerisauan... aku rasa dengki... aku ingin melalui apa yang mereka lalui... but WHO I WANT TO LIE??? jangan jadi hipokrit... kerana inginkan kesenangan yang orang lain lalui.. sanggup menyusahkan diri sendiri???
..,
bila aku terbaca kisah perjalanan/pengembaraan orang lain.. aku sedih... aku iri sebenarnya dengan apa yang mereka lalui... kemudian aku akan hilang mood... aku akan rasa marah sebab ayah tak mampu berikan aku semua tu.. sampaikan aku selalu salahkan ayah...
..,
terus terang... aku selalu salahkan ayah dalam banyak perkara... ada sahaja salah ayah di mataku... i was down... sampaikan bila ayah tanya kenapa... aku just mendiamkan diri...
..,
bila aku tak mampu untuk menghantar anak aku ke sekolah yang terbaik... aku lagilah terkilan ... aku rasa aku gagal sebagai seorang ibu terhadap anak-anak ku.. lebih-lebih lagi bila aku tak mampu nak hantar adik ke sekolah.. aku menangis bila adik cakap dia nak ke sekolah.. tapi malangnya tadika kakak tak nak terima adik sebab adik baru 3 tahun... kalau lah aku ada duit lebih... sudah ku hantar anak-anak ku ke tadika swasta yang sanggup terima adik... tapi apa kan daya... aku sebenarnya ibu yang gagal...
..,
but then.. one day, this card arrived in my mailbox...

aku tersentap bila baca kad ni. aku terpaku.. sebab itu yang aku lakukan sebelum ini... aku terlalu membandingkan kesusahan hidupku dengan orang yang lebih senang dari aku.. aku terlalu iri dengan apa yang orang lain perolehi dalam hidup sedangkan aku tidak ada... aku terlalu taksub dengan kesenangan dan kemewahan orang lain sedangkan aku tidak menyedari apa sebenarnya yang telah mereka alami... dan apa sebenarnya yang aku miliki...
..,
baru aku tersedar.. betapa aku berdosa kerana tidak mahu menerima takdir hidupku... dan betapa aku berdosa sebab selama ni aku terlalu memandang rendah pada ayah sebab tidak mampu untuk berikan aku kehidupan yang lebih senang...
.,
dan aku sedar, walaupun ayah belum mampu untuk menyara kehidupan kami sepenuhnya ... tapi ayah tak pernah berdiam diri dari mencari rezeki untuk keluarganya... pelbagai usaha telah ayah lakukan... cuma mungkin nasib belum menyebelahi kami lagi...

aku sedar... walau hidup kami susah... tapi kami dikurniakan dengan anak-anak comel yang mampu membuat hidup kami bahagia... walau kami susah dari segi kewangan... tapi rezeki kami murah dengan tawa gembira anak-anak... tidak ada yang lebih berharga di dalam dunia ini selain daripada mereka...

walaupun kami tidak punya kereta mewah.. kami tidak punya rumah sendiri... dan kami tidak punya apa-apa pun yang berharga... tapi apa yang kami ada.. tidak di miliki oleh sesetengah orang lain... apa yang kami lalui.. tidak di lalui oleh sesetengah orang lain... biarlah kami miskin harta.. asal kami bahagia...

yes.. Life isn't fair, but it's still good...
..,
dalam kehidupan kita, Allah akan berikan Ujian dan Nikmat kepada hamba-hambaNya... Ujian yang diberikan kepada kami adalah hidup dalam serba kekurangan dengan anak yang ramai...
..,
Tapi Nikmat yang tidak terkira yang telah dikurniakan kepada kami adalah anak-anak yang comel dan sihat dan kebahagiaan kami sekeluarga sudah lebih dari segalanya...
..,
Bersyukur aku kehadrat Allah kerana mengurniakan aku apa yang aku ada sekarang ini... orang kata duit mana-mana kita boleh cari.. tapi kebahagiaan bukan sesuatu yang mudah...
..,
ada hambaNya yang diberikan dan dilimpahi dengan harta yang banyak... hidup yang mewah dan senang... namun dari segi kehidupan... ada yang tidak bahagia... ada yang porak peranda.. ada yang hidupnya kucar kacir...
..,
ada hambaNya yang diberi pelbagai kesusahan dan keperitan di dalam hidup... tapi mereka tetap bersama keluarga tidak kira walau bagaimana perit sekalipun ... dan mereka bahagia...
life is all about BALANCE... ada yang Allah lebihkan di sini.. dan Dia kurangkan di situ... begitulah juga sebaliknya...
..,
dan aku beryukur dengan apa yang aku ada... tidak ada alasan lagi untuk aku merasa rendah diri.. merasa iri hati dan dengki atas kesenangan hidup orang lain...
..,
mungkin walaupun hidup mereka senang... ada kekurangan yang berlaku dalam keluarga mereka yang menyebabkan mereka merasakan hidup aku ni lebih baik dari kehidupan mereka...
siapa tahu kan???
..,
dan daripada mereka merasa begitu.. lebih baik aku sendiri yang merasakan.. betapa betuahnya aku dilahirkan oleh mak dan bapak aku... dan betapa betuahnya aku berkahwin dengan ayah... dan betapa bertuahnya aku di kurniakan anak-anak yang comel dan sihat..
..,
kerana walau apa pun yang aku fikirkan... ada orang yang dilahirkan di dunia ini tanpa kasih sayang ibu dan ayah... ada orang di dunia ini yang tidak dikurniakan suami seperti ayah yang tidak kisah membantu aku membuat kerja-kerja di rumah ... dan ada orang di dunia ini yang masih menunggu nikmat yang diberikan kepada aku...
..,
dan aku bersyukur kepada Allah atas segala-galanya... segala suka dan duka yang aku lalui.. susah dan senang yang aku hadapi adalah Ujian dan Nikmat yang dikurniakan oleh Allah terhadap aku...
..,
Pada Mak dan bapak... ampunkan dosa anak mu yang derhaka ini... anakmu ini sedar betapa besarnya dosaku terhadap kalian berdua .. betapa dulu aku tidak menghargai jasa dan pengorbanan yang kalian curahkan terhadap kami semua... betapa malunya aku apabila aku gagal untuk memberikan apa yang telah mereka berikan pada aku sebelum ini... betapa hinanya aku kerana aku gagal untuk membalas jasa kedua-dua mereka...
..,
Pada Ayah... ampunkanlah dosa isterimu yang dahulu tidak menghargai kehadiranmu di dalam hidupku... aku sedar sekarang... aku sedar betapa bertuahnya hidupku sebab menemukanmu sebagai suami ku... dan aku sedar betapa malangnya nasibku sekiranya aku tidak pernah menyedari akan kepentingan mu di dalam hidupku...
..,
Pada anak-anakku.. maafkan ayah dan ibumu kerana tidak dapat memberikan yang terbaik untuk kamu semua... jangan sekali-kali lakukan apa yang mama kamu pernah lakukan... bersyukurlah dengan apa yang kamu miliki... ingatlah... jika Allah memberikan kita kehidupan yang susah.. anggaplah ini satu Nikmat dari-Nya.. kerana jika kita dilimpahi dengan kesenangan dan kemewahan.. kita mungkin tidak menikmati kehidupan yang kita lalui sekarang... siapa tahu.. jika ayah dan ibu kamu mampu mencari harta yang banyak untuk kamu.. mungkin kami tidak akan selalu berada disisi mu untuk mendengar segala suka dan duka mu... bersyukurlah dengan apa yang ada anakku... dan bersama-samalah kita berusaha untuk mengubah kehidupan kita demi untuk masa depan yang lebih membahagiakan....
..,
mama hanya mengharapkan agar kehidupan kita sekeluarga akan terus bahagia buat selamanya
..,
Ps: aku minta maaf sekiranya ada sesiapa yang terasa dengan apa yang aku tuliskan... dan aku minta maaf kerana pernah merasa iri hati dengan apa yang orang lain miliki ... semua tu sudah berlalu... kerana walau apa pun yang dihadapi oleh sesiapapun di dunia ini.. itu adalah Nikmat yang Allah berikan terhadap seseorang hamba yang di kasihi-Nya... dan bersyukurlah kita kerana sekurang-kurangnya kita ada sebuah kehidupan untuk diabadikan sebagai satu pengalaman yang berharga...

2 ulasan:

Yatie berkata...

salam ka .. sorry lama tak menjenguk, mmg skang nieh tgh berehat drpd blog ..

ehmm, maaf ye ika kalau ko terasa dengan entry2 aku berjalan sana sini .. tapinya kan ika, aku paham perasaan tuh sbb aku pun dah penah rasa benda yg sama.. nak makan maggi pun kena marah sbb tak mampu nak beli dedulu ..

aku dah penah tulis dlm blog, aku pun jeles tgk org lain hidup senang ... esp masa kita study dulu .. memasing dah ada handphone, memasing dah naik kapal terbang, makan hotel sana sini and memacam lagi .. aku pun terasa gak sbb family aku tak mampu utk bagi aku rasa semua tuh ..

tapinya Allah dah bagi perancangan hidup yg terbaik buat kita .. setiap yg berlaku ada hikmahnya .. ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah .. bukan selama2nya kita sentiasa berada di bawah ..

yg penting kita byk2an berdoa la ye agar mendapat yg terbaik di dunia & akhirat nieh :)

Saya Anak Malaysia berkata...

hehehe...

sebenarnya aku suka baca entry ko berjalan sana sini tuh... ye lah kan... boleh juga aku tau serba sedikit tentang negara orang...

tapi ye lah... rasa humble tu tetap ada... tapi itu aku tak kisah... masing masing dengan rezeki masing-masing kan...

apa apa pun... semoga kehidupan kita semua sukses selalu... :)