Jumaat, 2 Januari 2009

Pot Luck Kat Opis....

Tiga minggu lepas kami ada buat potluck and exchanging gift kat opis...

pot luck ni sebenarnya di adakan sempena pekerja-pekerja sambilan yang akan habis kontraknya hujung bulan nih...

kami dah rancang majlis ni dalam dua minggu dah... dan cabutan untuk exchanging gifts kami lakukan hari jumaat minggu sebelum tu...

hadiah-hadiah yang di tukar hendaklah di bawah harga sepuluh ringgit... di bungkus di dalam surat khabar... dan di rahsiakan pemberinya... hanya nama penerima di tulis di atas bungkusan tersebut... he he he...

hidangan pula... kami yang perempuan masing-masing bawa dari rumah...

ada yang bawa ikan basung goreng.... daging masak hitam... (sedappp... nak mintak resepi dari puan saiman nih... ), udang masak merah... ayam goreng... ayam masak kari...

aku pula bawa ...

sayur campur... ulam-ulaman... sambal belacan... puding mangga... dan puding aiskrim keladi yang aku cilok resepinya daripada blog kak hanieliza, dan juga kerabu terung mangga... nanti aku masukkan resepi kerabu ni kemudian...

tapi apa yang paling best sekali...

walaupun kami masing-masing bawa makanan dari rumah... tapi hidangan yang ada cukup banyak dan melebihi dari yang patut...

kami boleh jemput timbalan pengarah... jiran kami di bahagian-bahagian lain.. malah kami boleh lagi jemput pegawai tadbir..

sungguh tidak sangka... makanan yang kami bawa cukup untuk semua yang dijemput ... malah kami boleh tapau lagi lebihan lauk-pauk untuk di bawa pulang ke rumah...

tapi siok lah... teringin pula nak buat lagi.... he he he...

Tiada ulasan: