Isnin, 27 Julai 2009

Pergimu Tiada Ganti....

Michael Jackson (Mikaeel) 1958 - 2009
.
pic from mtvblogs.co.uk
.
sudah sebulan berlalu... misteri disebalik pemergiannya masih belum terungkai... siapakah dia sebenarnya? muslimkah? atau bukankah?
.
sebagaimana perjalanan kehidupannya yang penuh dengan kontroversi dan berliku-liku.. begitulah juga dengan kematiannya... banyak spekulasi yang dibuat... tidak dinafikan juga.. mungkin ada konspirasi disebalik kematiannya..
.
walaupun aku membesar bersama-sama lagunya.. namun aku sebenarnya kurang meminati peribadinya.. apatah lagi segala perubahan yang dilakukannya, semuanya melawan ketentuan Tuhan..
.
Tapi Allah Maha mengetahui dan Berkuasa ke atas sesuatu.. Apatah lagi untuk membukakan pintu hati keatas hamba yang dikehendakiNya..
.
Syukur kerana disaat-saat akhir hidupnya.. dia berjaya menemukan cahaya yang boleh membimbingnya ke jalan yang benar... sedangkan kita yang hidup ini.. belum tahu lagi bila masanya.. dan dimana kita akan ditempatkan kelak...
.
Apa pun status MJ.. semoga Rohnya di cucuri rahmat oleh Nya... Al-Fatihah...
.
Yasmin Ahmad 1958 - 2009
pic from yasminthestoryteller.blogspot.com
.
Baru sebulan kita dikejutkan dengan kematian misteri Michael Jackson, kini kita dikejutkan lagi dengan sebuah kehilangan.
.
Pengarah yang berbakat besar, Yasmin Ahmad telahpun meninggalkan kita buat selama-lamanya. Baru saja hari jumaat tu aku dan besan ku meluahkan perasaan masing-masing tentang pandangan segelintir masyarakat terhadap arwah. Bukan apa.. aku sebenarnya kurang berpuas hati terhadap mereka yang memandang serong terhadap arwah.. sepatutnya pada ketika arwah sedang bertarung nyawa, kita mendoakan arwah cepat sembuh dan sejahtera... tapi ada juga manusia-manusia yang kononnya berpengetahuan dalam agama ni terus mencemuh dan menghina arwah... aduhh.. sungguh ku sakit hati mendengarnya...
.
Tapi walau macam mana aku marah dengan segelintir masyarakat yang berpersepsi begitu, arwah telahpun meninggalkan kita dan telahpun selamat dikebumikan. Allah lebih menyayanginya... dan semoga rohnya akan dicucuri rahmat oleh Nya...
.
Pada masyarakat diluar sana.. akuilah hakikatnya.. bahawa pada saat dan ketika ini, kita telah kehilangan satu bakat besar yang banyak berjuang demi perpaduan kita di Malaysia ini.. apa yang berlaku dalam hidupnya.. hanya Dia sahaja yang mengetahuinya.. dan siapalah kita untuk menghina.. mengutuk dan memandang rendah dengan takdir Nya..
.
Al-Fatihah buat arwah...

Tiada ulasan: