Sabtu, 16 Januari 2010

Inilah Buahnya... :)

Ya... inilah buahnya..

buah ni kalau di sabah di panggil buah kembayau... Kem.. Ba.. Yau.. yaa.. pelik kan namanya.. heheh.. kalau di sarawak pula buah ni dipanggil Dabai.. Da .. Bai.. agaknya mcm mana buah ni boleh dapat namanya ya? aku pun nda tau bahasa apa sebenarnya Kem .. Ba.. Yau.. tu.. pelik tul..

mcm mana aku tau buah ni di panggil buah apa di sarawak? mcm ni ceritanya.. masa aku menuntut ilmu dulu.. ada coursemate.. merangkap roomate dan housemate dan bestfren aku dari sarawak.. satu hari tu.. masa di semester tiga.. kawan aku ni bising bising ngan family dia di sarawak (over da phone la).. dia minta kirim buah dabai.. dia kata teringin sangat nak makan buah dabai.. aku pun pelik la.. apa kebendanya buah dabai nih.. aku pun tanya lah.. tanya punya tanya.. laaa.. rupanya buah ni buah kembayau... kesian kawan aku tu.. sebab masa tu bukan musimnya.. jadi nangis la dia .. ndak dapat makan buah dabai nih...

jadi sampai sekarang.. tiap kali aku makan buah ni.. kompom aku teringat kawan aku tuh.. last sekali aku dengar... dia dah kawen.. (ngan mat salleh you!).. anak satu.. still duk kuching lagi.. :) .. agaknya senang la hati dia sekarang kan.. boleh jumpa buah ni selalu..

Baru-baru tu musim buah.. buah ni memang banyak sangat.. tiap kali balik kampung mesti makan buah ni.. mama siap bekalkan kami pulang ke kk lagi.. sebab adik suka makan buah ni.. kakak pula tak minat.. selamattt.. heh heh heh...



buah ni sebenarnya warna purple.. bukan hitam.. macam manggis juga la.. kalau ditengok kulitnya hitam kan.. tapi bila buka.. kompom jemari kita warna purple .. sama la dengan buah ni..
.
Buah ni sebenarnya bermusim.. musimnya sekali dengan musim buah.. bila banyak buah rambutan.. ndak lama lepas tu mesti ada buah ni... jadi kiranya... tiap tiap tahun dia punya musim dalam bulan julai hingga August la..
.
tapi tu la.. aku pelik dengan musim buah sekarang ni.. durian sepanjang tahun ada kan? begitu juga dengan buah ni.. aku pelik betul.. kalau dulu.. tepat waktunya dia berbuah.. tapi sekarang ni.. bayangkan 2 minggu lepas pun buah ni masih ada lagi.. baru masak pula tu.. heran aku.. heheh..
.
kalau ada sesiapa yang teringin mau makan buah ni.. nampaknya terpaksa lah kena tunggu musimnya bulan julai - ogos nanti.. kalau nak cari di KK ni jangan Harap lah!.. Papar pun kurang.. yang selalu ada jual buah ni di Bongawan (hari sabtu).. Beaufort (sabtu juga).. Membakut (Ahad).. dan Sipitang... aku kurang pasti Sipitang punya tamu hari apa.. tapi kalau musimnya.. setiap hari ada di jual di Sipitang nih..
.
Buah ni aku rasa hanya terdapat di kepulauan borneo sahaja... ya lah.. sama spesis dengan buah membangan.. tarap.. pengulaban.. dan sebagainya.. di semenanjung memang tiada ni buah ni..
.
Buah ni asalnya buah hutan.. yang di makan oleh burung-burungan.. tapi oleh kerana manusia ni ada taste dia tersendiri.. maka buah ni di makan oleh manusia.. menangis la segala burung sekalian.. kerana ndak dapat lagi makan buah ni .. hahaha..
.
Aku pernah sekali tengok pokok buah ni secara dekat.. (masa tu kami kecil lagi.. bapa pigi pajak buah ni di pokok.. jadi bapa la kena panjat pokok ni.. kami yang anak-anak ni pungut buah ni dari bawah... ada sekali tu.. masa aku tengah kutip buahni.. aku membongkok.. sekali bapa buang buah ni dari atas.. gedebuk.. landing atas belakang aku.. sakitnya.. adeeehhh.. bukan main lagi.. ) daun pokok ni lebar sedikit.. dan berbulu.. pokok ni mau dikatakan rendang nda juga.. ada juga pokok yang tinggi.. buahnya, kalau masa muda buahnya warna putih, bila dah masak jak tukar jadi hitam. buah ni kiranya mcm spesis anggur lah.. sebab dalam satu tangkai tu ada banyak cabang-cabang buah, bukan sebiji-sebiji.. mcm pinang juga lah.. cuma anggur pokok menjalar.. pinang pula jenis palma, buah ni pula jenis pokok berakar tunjang... terer pulak aku ni pasal pokok kan.. hahaha..
.
kalau nak tengok pokok buah ni.. jalan nak pergi sipitang tu.. selepas beaufort.. sebelum weston, ada kebun Datuk Harris.. di sana banyak pokok ni.. kalau musimnya.. akan nampak buahnya putih-putih dari jalan.. heh heh heh..
.
OK.. aku kasi Tips sikit ah...
.
Tips nak pilih / beli / masak buah ni...
.
1. buah ni ada dua jenis.. yang lemak dan tawar.. kalau nak tahu buah tu lemak atau tawar.. kikis sedikit kulitnya.. pakai kuku pun boleh.. kalau isinya kuning.. maknanya buah tu lemak.. kalau isinya pucat.. buah tu tawar..
.
buah kembayau yang telah siap di kikis.. warna isinya kekuningan.. ada juga yang warnanya pucat.. kalau dapat jenis yang tu.. memang tak sedap.. kurang lemak.. :)
.
2. Buah ni cepat rosak.. kalau nak beli, bau dulu.. kalau bau getahnya kuat (baunya semacam.. ndak busuk.. ndak juga wangi.. heh heh heh).. itu maknanya buah tu masih fresh dan baru di petik dari pokoknya.. lagi satu tengok kulitnya.. kalau kulitnya halus mulus.. buah tu masih segar.. kalau kulitnya kertu... maknanya dah lama la tu buah tu.. tak bagusss...
.
3. kalau dah beli buah ni.. eloknya terus di masak.. jangan biar dalam plastik lama-lama.. nanti masak.. kalau nak masuk esbok pun buleh.. tapi jangan telampau lama.. nanti kecut.. simpan di tempat simpan sayur.. atau di tempat biasa.. tapi jangan simpan dalam plastik.. walaupun dalam esbok.. :)
.
4. kalau nak masak senang jer.. kikis kulit buah ni dengan pisau.. KIKIS yer.. bukan kupas.. kulitnya amatlah nipis.. ada yang suka kikis mcm gambar di atas tuh.. ada yang suka kikis belang-belang.. ada yang suka ndak payah kikis.. semua tu terpulang dengan citarasa masing-masing.. bagi aku yang ndak suka rasa kulitnya.. aku selalu kikis sampai telanjang bulat.. keh keh keh..
.
5. lepas dah kikis tuh.. rendam dalam air panas.. (tutup yaa.. ) jangan lama.. kalau air panas yang baru mendidih tu setengah minit ke satu minit pun dah masak.. tapi kalau yang masuk dalam esbok tu.. rendam lama sikit lah.. dalam satu minit setengah gitu.. buah ni kalau rendam lama .. tak elok.. isinya hancur.. dah tak best..
.
6. lepas rendam.. buang air rendaman tu.. masukkan garam sedikit dan juga gula secukup manis.. pas tu goncang.. jangan kuat sangat ya.. nanti hancus.. kira garam dan gula sebati dengan buah.. ok lah.. pas tu tutup sekejap.. pas tu boleh lah di makan.. :).. ada orang tak suka letak gula.. ada orang pula tak suka letak garam.. tapi itu bergantung pada korang lah.. bagi aku.. yang best sekali kalau pakai garam + gula.. memang terangkat...
.
7. buah ni.. kalau dah di masak tuh.. paling elok di makan dalam 30 minit pertama.. lepas tu buah ni masih boleh di makan.. cuma rasanya kurang kick.. ada rasa masam-masam.. dan warnanya pun bertukar kehitaman.. ndak tau la kenapa.. tapi memang begitu..
.
8. ini rahsia ndak ramai yang tahu.. buah ni bijinya keras sangat.. ramai yang lepas makan.. bijinya akan di buang begitu saja.. di situlah rahsianya.. di dalam biji ni ada isi.. isinya.. waduhhhhhhhhh... sedap bukan main.. lemakkk.. kalah rasa kacang pistacio.. klu orang putih tau ni.. kompom durang tanam ni buah.. hahaha.. anak aku si kakak dan si adik suka sangat makan isi bijinya.. kalau kami masak buah ni.. si kakak dan si adik berebut-rebut kumpul bijinya.. siapa yang jadi mangsa? aku jugaaaaa...
.
9. nak makan isi dalam bijinya tu bukan senang.. kena ada ketekunan dan kegigihan.. hahaha.. kalau ikut cara tradisional.. ambil parang .. parang biji buah ni.. siapa yang ndak expert.. maka akan jadilah peluru sesat biji kembayau.. awas.. terkena peluru ini boleh menyebabkan anda menangis.. hahaha.. keras you! lepas dah parang tu.. kena korek lagi pakai garfu atau pencongkel gigi...
.
Tapi... kalau mau ikut underground way.. hahaha.. cara lepas tension.. ambil lesung batu dan anaknya sekali.. terlangkupkan lesung batu tersebut.. lapik dengan kain.. (dinasihati kain yang tak di pakai lagi.. pastikan yang bersi ya.. ) letakkan biji tadi atas buntut lesung batu.. kemudian hentak dengan anak lesung.. tapi awas.. kekurangan expertise juga akan menyebabkan peluru sesat beterbangan.. hahaha! jadi kalau anda kurang expert.. pastikan anak-anak main jauh-jauh..
.
oleh kerana aku ni memang sudah tahap A level kalau hentak biji ni pakai lesung batu..jadi jarang berlaku insiden peluru sesat... si adik dan si kakak akan berebut-rebut keluarkan isinya dari dalam biji.. kemudian kumpul dalam mangkuk.. bila dah siap.. maka proses pembahagian harta pun bermula.. adik satu.. kakak satu.. mama dua.. hhahaha.. masa menghentak-hentak tu jangan cerita la pasal keriuhannya.. hahaha.. kompom orang sebelah tertanya tanya.. apa benda la yang aku anak beranak buat nih! ... jimmy pun ndak senang tidur kalau kami buat 'projek biji' di dapur!.. hahaha..
.
aku mau ambil gambar biji dan isi dalam bijinya.. tapi dukacita di maklumkan.. oleh kerana bijinya terlampau sedap.. ndak sempat aku mengambil gambarnya.. hahahahha..
.
bah.. klu ada nanti buah ni.. akan ku ambil gambar bijinya .. dan aku muatkan pula di lain entry...
pada besan dan emma... pssttt.. emma.. nanti hantar alamat di email ya.. dak underscore ika kosong tujuh at yahoo dot com dot my (dak_ika07@yahoo.com.my) ... bila musimnya akan ku postkan buah ni kepada kalian berdua.. pada amoi dan leeyoo.. nanti ada buah ni bulih la mengintu sama besan ku ya.. tapi awas.. jangan buat 'projek biji' di opis!... hahahha
.
sekiannnn....

2 ulasan:

Lee berkata...

Hi, I have never seen this buah even though I have been to Sabah and Sarawak. I guess I was too busy admiring the women there, ha ha.
Just kidding.
Very interesting fruit the way you described it.
You keep well and have a nice weekend, Lee.

Ika berkata...

Hi Lee..
may be it was not the musim when you were in Sabah and Sarawak then..

Yess... keep admiring us here.. he he he..

Thanks for visiting my blog.. and have a nice days ahead... :)