Khamis, 10 Disember 2009

Aku Yang Malas..... ?

Aduh...

terus terang aku katakan.. semenjak dua menjak ni aku ada banyak sangat idea hendak menulis.. cumanya.. aku malas ..

Al-maklumlah.. semenjak aku menjadi petani nih.. lebih banyak masa ku luangkan di ladang.. ye lah kan.. nak membajak.. menanam.. membersih.. menuai.. tanam lagi.. memerlukan masa dan tenaga yang banyak..

lagipun bila dapat tahu je kebun jiran sebelah diganggu musang.. gophers.. gagak.. kenalah aku tolong halaukan ye tak? kalau aku tak halau.. nanti segala musang.. gophers.. gagak tu akan berpindah ke kebun aku.. tak ke haru???

bila dah halau segala menatang perosak tu.. kenalah aku tolong bajakan tanaman-tanaman jiran aku kan.. boleh lah tambah 'pahala'...

sekarang ni kebun aku dah semakin besar.. baru ku upgrade 10x10.. ndak tau la.. 10 x 10 meter ka.. atau 10 x 10 kaki ka.. atau 10 x 10 inchi ataupun 10 x 10 cm.. tapi yang penting.. kepelbagaian tanaman dan juga binatang ternakan yang ada di ladangku sudah mula menampakkan hasil..

pagi tadi.. ada la beberapa pokok buah-buahan yang baru ku tuai.. nanti pukul dua.. beras dan bunga poisentia yang kutanam akan ku tuai.. segala ayam dan lembu juga...

kalau dulu sebelum aku membesarkan kebunku.. pendapatan seharianku amatlah sikit.. sekarang syukurlah.. pendapatanku sehari boleh mencapai 8 ke 10 ribu..nasib baiklah orang-orang LHDN tak tahu.. kalau lah dorang tahu.. gerenti aku tidak dibenarkan ke luar negara sebab tak bayar cukai... :(

esok hari jumaat.. terpaksa lah aku menanam tanaman yang hanya boleh mendatangkan hasil selepas 3 atau 4 hari.. kerana sabtu dan ahad aku tidak boleh turun ke kebun.. sibuk di rumah..

harap-haraplah hujung minggu nanti tanamanku mampu bertahan dari gangguan musang.. gophers dan juga gagak yang suka merosakkan tanaman...

Semoga aku menjadi seorang petani yang berjaya...

p/s: geng... tolong lah bagi aku hadiah.. pokok krismasku hanya ada 11 hadiah dari 60 yang kena suruh kumpul...

sigh........

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ika..bkn nda mau kasi ko hadiah..tp kaannn nda dpt buka tau ladang aku yg berjiran dgn ladangmu itu.. *sigh*..nnt la aku cuba2 turun lagi ke ladang ku itu..akan ku berikan ko hadiah yg ko idam2kan itu...

Ika berkata...

mcm ada masalah ba kan ladang-ladang kita hari ni?

tadi pun aku nyaris nda dapat turun ke ladang...
sib baik dapat.. klu ndak habis la hangus bunga-bunga ku tu...

sigh...

Shana berkata...

ini ladang mana ni?ladang FB kah?ehehe

Ika berkata...

Shana : Yaaaa Betulll.. kih kih kih