Khamis, 19 November 2009

Semoga Rohnya di Cucuri Rahmat...

Hari selasa baru-baru ni nenek kami yang berusia lebih 100 tahun telahpun kembali ke Rahmatullah.

Telah lama arwah menantikan saat dirinya kembali kepada-Nya. Akhirnya harinya tiba juga.

Arwah telah kembali pada jam 2.30 petang dikelilingi oleh semua anak-anaknya yang masih ada. Dan telahpun selamat dikebumikan pada hari yang sama pada jam lebih kurang 6 petang di tanah perkuburan orang-orang islam, Bongawan.

Begitulah adat dunia. Mati itu pasti. Cuma bila dan di mana saja yang belum pasti.

Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah swt.

Al-Fatihah.

p/s: tiba-tiba rasa kehilangan....

4 ulasan:

Puan Saiman berkata...

Al-Fatihah.... takziah... rasa sebak pulak... Semoga rohnya dicucuri rahmat....

Ika berkata...

Terima Kasih kak..

LeeYo berkata...

takziah ika...

Ika berkata...

terima kasih leo... :)