Isnin, 2 November 2009

ai em bek...

haluuu haluuu...

hari ni start sudah kerja balik...

tapi terus kena hantar pi kursus...

so.. apdetnya nanti aku tulis yaa...

he he he..

so good to be back.. tapi.. i miss my akmal haziq hazimi already...

uwaaaaa...

Isnin, 24 Ogos 2009

Belum...

belum... belum lagi...

aku pun ndak tau bila ni...

tapi yang pasti, minggu ni minggu terakhir aku kerja.. he he he...

Jumaat, 21 Ogos 2009

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa....



Ramadan datang lagi...
Bulan yang penuh dengan kebaikan...
Bulan yang penuh dengan ganjaran ...
Bulan yang malamnya lebih baik daripada seribu bulan...
Bulan dimana turunnya Al-Quran...
....
Ramadan datang lagi...
Hiasi siangnya dengan zikrullah...
Hiasi malamnya dengan bacaan ayat-ayat Allah...
Tanda syukur kita kerana dapat beribadah di bulan mulia ini..
Dan beruntungnya kita jika dapat manfaat sepenuhnya di bulan ini...
Berganda ganjaran dari amalan yang dikerjakan..
...
Ramadan datang lagi...
Ibadah puasa bukan hanya menahan lapar dan dahaga...
Puasa juga menahan segala yang mungkar...
Juga menahan nafsu serakah kita...
Dalam keseronokan berbuka bersama keluarga...
Jangan lupa pada mereka yang derita...
Dalam penuh meja dengan juadah yang bermacam rasa...
Jangan lupa pada mereka yang tidak bernasib sama...
...
Ramadan mengajar kita erti kesusahan...
Mengajar kita erti kesederhanaan...
Mengajar kita erti kesabaran...
Bersabarlah dalam menempuh segala cabaran...
Semoga di Ramadan tahun ini kita semua akan mendapat segala macam kebaikan dari-Nya...
Amin...
...

Pada sabahatku semua...
Ampunkan segala salah dan silapku..
Halalkan segala makan dan minumku..
Semoga Ramadan ini.. akan bermulanya sesuatu yang baru...
...
p/s: No... No... belum lagi... agaknya entah bila la nih... mungkin tepat pada tarikhnya mangkali... he he he..
..
p/s/s: Wan - Wan telah meragut nyawa ke 68 semalam... mangsa seorang ibu mengandung... semoga aku dan ibu-ibu mengandung lain mendapat rahmat di bulan ramadan yang mulia ini.. Ya Allah.. lindungi kami daripada bahaya wabak H1N1 ini... Amin..

Khamis, 20 Ogos 2009

He He He...

Cakkk...

kenapa? korang sumer mesti pikir aku sudah beranak kan? kih kih kih..

Aku pun ingat cam tu... tapi ndak la jugak beranak-beranak lagi...

hari isnin tu aku nda berapa sihat.. mangkali pasal kena hujan masa hari minggu tu..

sekarang ni pun aku masih lagi sakit kepala.. selsema.. sakit tekak.. hari ni masuk hari ke-4..

mintak-mintak la.. bukan yang satu tu... yang ada wan-wan tu.. na'uzubillah..

hari selasa pigi makmal lagi.. cek darah.. bacaan gula suda OK.. cuma yang hampeh tu.. bacaan last jam 8.30 malam tu.. ada kah 7.2 aku punya BSP.. kin panassss.. last-last doktor suruh aku pigi buat test lagi hari selasa minggu depan.. malasss..

doktor sempat pesan lagi.. klu belum juga aku sakit perut.. nanti 31 ogos.. aku kena masuk wad sudaa.. alalaaa.. klu belum juga aku beranak, makna nya tahun ni aku sambut merdeka di hospital lah..

aku kira-kira minggu depan mahu ambil cuti bersalin awal.. tapi minggu depan sudah puasa.. waktu kerja pun sampai jam 3.30 giteww.. mcm mana ya? aku dalam dilema nih.. klu cuti.. sayang pula cuti.. klu nda cuti.... mcm malas aku mau pigi kerja.. heh heh heh..

well.. apa pendapat korang???

Jumaat, 14 Ogos 2009

Lagi Tips on H1N1

Tips diperolehi daripada emel:


apa itu H1N1?

viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dr manusia kpd manusia.

jangka hayat virus

oleh kerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati. maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik....akan 'bersih' dr virus tersebut.

apa yg perlu tahu?

asal virus ini

sebenarnya telah terdapat outbrake di USsebelum terjadi outbrake di mexicotp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan USmahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di mexico .

virologi virus H1N1

incubation periodyg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 - 4 hari
ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit
pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4
H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

cara serangan

virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan
virus ini akanmenyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS)
peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akanmenyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse'
ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi

siapa yang berisiko

1 orang yg ada masaalah 'obesiti' @ gemuk

2 perempuan yg mengandung

3 orang yg ada astmatic

4 orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)

* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas

simptom2

day 1 rasa kurang sihat, tak bermaya
day 2 selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)
day 3 rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
day 4 sakit dada yg teruk.........jumpa doktor dngan segera.......
day 5 and above lung collapse @ koma

langkah2 kawalan

1 golongan2 yg berisiko, elakakn drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)

2 menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran

3 elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'

4 jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan)

5 jika kurang sihat dan ada ILI( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask)

6 utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.

7 jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan

8 jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.

9 tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!!!!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.

10 vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada oktober dan hanya utk 'frontliner' shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010.

11 utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia . mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.

12 tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbrake ini. sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.

Amin.


***********

Tips dari blog IsuHangat


Doa ketika terjadi penyakit menular: