Selasa, 20 Januari 2009

No Entry until i'm feeling well...

disebabkan oleh masalah kesihatan yang tidak menentu buat masa ini...

maka aku mengambil keputusan untuk tidak membuat sebarang entry buat sementara waktu sehinggalah aku rasa selesa untuk menulis dan bercerita tentang perkembangan kehidupan kami sekeluarga...

sekian, terima kasih...

Ahad, 11 Januari 2009

It's Not Official... But It's Confirmed

sah... kompom... apa lagi perkataan yang sewaktu dengannya ya???

tapi tak official.. sebab aku tak buat test... hehehe... masa adik dulu pun aku ndak pernah buat test.. i just knew it...

dan setelah aku suspect perkara ni sejak bulan lepas ... hari ni aku kompomkan...

bahawasanya... kalau perkiraan aku ndak silap.. bulan tujuh atau bulan lapan nanti.. rakyat sabah ni akan bertambah lagi seorang... dan kalau dulu kami berempat... nanti kami akan berlima...

aduh pening pala aku.. bukan sebab aku aku nda suka.. aku suka.. memang aku nantikan pun... cuma.. pening pala aku sebab dah start morning sickness dan dah ada tanda tanda alahan... aduhh.. ni yang ndak siok nih.. makin kurus la aku nih sebab nda mau makan...

Sabtu, 10 Januari 2009

Kalau Sudah Itu Takdir-Nya

AMARAN : Apa yang ingin aku tuliskan bukanlah untuk meraih simpati atau kutukan sesiapa... cuma apa yang ingin aku sampaikan adalah sebagai hamba kita harus Redha dengan ketentuan dari Ilahi...
..,
Seperti yang pernah aku tuliskan, aku bukanlah seorang yang berada... aku dilahirkan dalam keluarga yang serba sederhana... bapak aku hanya buat kerja-kerja kampung.. toreh getah... tukang buat rumah... buat kuih bahulu... mak aku pula berjualan kuih muih tradisional setiap hari sabtu dan ahad... tapi aku tak malu untuk mengaku pekerjaan bapak dan mak aku.. sebab kerana mereka lah aku dan adik beradik lain berjaya menjejakkan kaki ke menara gading...
..,
bila aku dengar pengalaman orang lain berjalan ke sana sini... bercuti ke sana sini... hidup senang.. ada itu.. ada ini... dan sebagainya.. aku rasa rendah diri.. tidak kurang juga ada sedikit iri di dalam hati... tapi tidak lah sampai membenci...
..,
bila aku tengok rakan sekerja hidup senang dan tidak ada kerisauan... aku rasa dengki... aku ingin melalui apa yang mereka lalui... but WHO I WANT TO LIE??? jangan jadi hipokrit... kerana inginkan kesenangan yang orang lain lalui.. sanggup menyusahkan diri sendiri???
..,
bila aku terbaca kisah perjalanan/pengembaraan orang lain.. aku sedih... aku iri sebenarnya dengan apa yang mereka lalui... kemudian aku akan hilang mood... aku akan rasa marah sebab ayah tak mampu berikan aku semua tu.. sampaikan aku selalu salahkan ayah...
..,
terus terang... aku selalu salahkan ayah dalam banyak perkara... ada sahaja salah ayah di mataku... i was down... sampaikan bila ayah tanya kenapa... aku just mendiamkan diri...
..,
bila aku tak mampu untuk menghantar anak aku ke sekolah yang terbaik... aku lagilah terkilan ... aku rasa aku gagal sebagai seorang ibu terhadap anak-anak ku.. lebih-lebih lagi bila aku tak mampu nak hantar adik ke sekolah.. aku menangis bila adik cakap dia nak ke sekolah.. tapi malangnya tadika kakak tak nak terima adik sebab adik baru 3 tahun... kalau lah aku ada duit lebih... sudah ku hantar anak-anak ku ke tadika swasta yang sanggup terima adik... tapi apa kan daya... aku sebenarnya ibu yang gagal...
..,
but then.. one day, this card arrived in my mailbox...

aku tersentap bila baca kad ni. aku terpaku.. sebab itu yang aku lakukan sebelum ini... aku terlalu membandingkan kesusahan hidupku dengan orang yang lebih senang dari aku.. aku terlalu iri dengan apa yang orang lain perolehi dalam hidup sedangkan aku tidak ada... aku terlalu taksub dengan kesenangan dan kemewahan orang lain sedangkan aku tidak menyedari apa sebenarnya yang telah mereka alami... dan apa sebenarnya yang aku miliki...
..,
baru aku tersedar.. betapa aku berdosa kerana tidak mahu menerima takdir hidupku... dan betapa aku berdosa sebab selama ni aku terlalu memandang rendah pada ayah sebab tidak mampu untuk berikan aku kehidupan yang lebih senang...
.,
dan aku sedar, walaupun ayah belum mampu untuk menyara kehidupan kami sepenuhnya ... tapi ayah tak pernah berdiam diri dari mencari rezeki untuk keluarganya... pelbagai usaha telah ayah lakukan... cuma mungkin nasib belum menyebelahi kami lagi...

aku sedar... walau hidup kami susah... tapi kami dikurniakan dengan anak-anak comel yang mampu membuat hidup kami bahagia... walau kami susah dari segi kewangan... tapi rezeki kami murah dengan tawa gembira anak-anak... tidak ada yang lebih berharga di dalam dunia ini selain daripada mereka...

walaupun kami tidak punya kereta mewah.. kami tidak punya rumah sendiri... dan kami tidak punya apa-apa pun yang berharga... tapi apa yang kami ada.. tidak di miliki oleh sesetengah orang lain... apa yang kami lalui.. tidak di lalui oleh sesetengah orang lain... biarlah kami miskin harta.. asal kami bahagia...

yes.. Life isn't fair, but it's still good...
..,
dalam kehidupan kita, Allah akan berikan Ujian dan Nikmat kepada hamba-hambaNya... Ujian yang diberikan kepada kami adalah hidup dalam serba kekurangan dengan anak yang ramai...
..,
Tapi Nikmat yang tidak terkira yang telah dikurniakan kepada kami adalah anak-anak yang comel dan sihat dan kebahagiaan kami sekeluarga sudah lebih dari segalanya...
..,
Bersyukur aku kehadrat Allah kerana mengurniakan aku apa yang aku ada sekarang ini... orang kata duit mana-mana kita boleh cari.. tapi kebahagiaan bukan sesuatu yang mudah...
..,
ada hambaNya yang diberikan dan dilimpahi dengan harta yang banyak... hidup yang mewah dan senang... namun dari segi kehidupan... ada yang tidak bahagia... ada yang porak peranda.. ada yang hidupnya kucar kacir...
..,
ada hambaNya yang diberi pelbagai kesusahan dan keperitan di dalam hidup... tapi mereka tetap bersama keluarga tidak kira walau bagaimana perit sekalipun ... dan mereka bahagia...
life is all about BALANCE... ada yang Allah lebihkan di sini.. dan Dia kurangkan di situ... begitulah juga sebaliknya...
..,
dan aku beryukur dengan apa yang aku ada... tidak ada alasan lagi untuk aku merasa rendah diri.. merasa iri hati dan dengki atas kesenangan hidup orang lain...
..,
mungkin walaupun hidup mereka senang... ada kekurangan yang berlaku dalam keluarga mereka yang menyebabkan mereka merasakan hidup aku ni lebih baik dari kehidupan mereka...
siapa tahu kan???
..,
dan daripada mereka merasa begitu.. lebih baik aku sendiri yang merasakan.. betapa betuahnya aku dilahirkan oleh mak dan bapak aku... dan betapa betuahnya aku berkahwin dengan ayah... dan betapa bertuahnya aku di kurniakan anak-anak yang comel dan sihat..
..,
kerana walau apa pun yang aku fikirkan... ada orang yang dilahirkan di dunia ini tanpa kasih sayang ibu dan ayah... ada orang di dunia ini yang tidak dikurniakan suami seperti ayah yang tidak kisah membantu aku membuat kerja-kerja di rumah ... dan ada orang di dunia ini yang masih menunggu nikmat yang diberikan kepada aku...
..,
dan aku bersyukur kepada Allah atas segala-galanya... segala suka dan duka yang aku lalui.. susah dan senang yang aku hadapi adalah Ujian dan Nikmat yang dikurniakan oleh Allah terhadap aku...
..,
Pada Mak dan bapak... ampunkan dosa anak mu yang derhaka ini... anakmu ini sedar betapa besarnya dosaku terhadap kalian berdua .. betapa dulu aku tidak menghargai jasa dan pengorbanan yang kalian curahkan terhadap kami semua... betapa malunya aku apabila aku gagal untuk memberikan apa yang telah mereka berikan pada aku sebelum ini... betapa hinanya aku kerana aku gagal untuk membalas jasa kedua-dua mereka...
..,
Pada Ayah... ampunkanlah dosa isterimu yang dahulu tidak menghargai kehadiranmu di dalam hidupku... aku sedar sekarang... aku sedar betapa bertuahnya hidupku sebab menemukanmu sebagai suami ku... dan aku sedar betapa malangnya nasibku sekiranya aku tidak pernah menyedari akan kepentingan mu di dalam hidupku...
..,
Pada anak-anakku.. maafkan ayah dan ibumu kerana tidak dapat memberikan yang terbaik untuk kamu semua... jangan sekali-kali lakukan apa yang mama kamu pernah lakukan... bersyukurlah dengan apa yang kamu miliki... ingatlah... jika Allah memberikan kita kehidupan yang susah.. anggaplah ini satu Nikmat dari-Nya.. kerana jika kita dilimpahi dengan kesenangan dan kemewahan.. kita mungkin tidak menikmati kehidupan yang kita lalui sekarang... siapa tahu.. jika ayah dan ibu kamu mampu mencari harta yang banyak untuk kamu.. mungkin kami tidak akan selalu berada disisi mu untuk mendengar segala suka dan duka mu... bersyukurlah dengan apa yang ada anakku... dan bersama-samalah kita berusaha untuk mengubah kehidupan kita demi untuk masa depan yang lebih membahagiakan....
..,
mama hanya mengharapkan agar kehidupan kita sekeluarga akan terus bahagia buat selamanya
..,
Ps: aku minta maaf sekiranya ada sesiapa yang terasa dengan apa yang aku tuliskan... dan aku minta maaf kerana pernah merasa iri hati dengan apa yang orang lain miliki ... semua tu sudah berlalu... kerana walau apa pun yang dihadapi oleh sesiapapun di dunia ini.. itu adalah Nikmat yang Allah berikan terhadap seseorang hamba yang di kasihi-Nya... dan bersyukurlah kita kerana sekurang-kurangnya kita ada sebuah kehidupan untuk diabadikan sebagai satu pengalaman yang berharga...

Jumaat, 9 Januari 2009

I Am Sorry To Say This...

Aku sebenarnya jarang meluahkan rasa tidak puas hati di dalam blog..
.,.,
bukan apa.. aku tak mahu ada orang yang berkecil hati bila membaca apa yang aku tuliskan...
Lagipun dalam kehidupan seharian aku lebih banyak mendiamkan apa yang aku rasakan esp rasa marah... sakit hati... kecik ati... tak puas ati... dan yang sewaktu dengannya...
..,
ye lah kan.. kata orang.. terlajak perahu boleh kita undur.. terlajak kata.. buruk padahnya.. lagipun masih ingat pada post aku tentang Paku di dinding tu??
..,
bagi aku... Apa yang diluahkan semasa marah sebenarnya sesuatu yang kebanyakkannya tidak waras... dan tidak wajar... tapi ini pendapat aku.. lain orang lainlah pendapatnya...
..,
kadang-kadang ada masanya yang aku tak boleh nak menahan kemarahanku.. Aku kan manusia biasa juga ... apa yang selalu aku lakukan adalah aku cari satu buku kosong dan aku luahkan apa yang terbuku di hati di dalam buku tersebut...
..,
bila kemarahan sudah reda... aku akan baca balik apa yang aku tuliskan dan di sana pengajaran yang aku perolehi adalah .. apa yang aku luahkan semasa aku marah adalah terlalu buruk.. buruk seburuk-buruknya dan aku sendiri tidak boleh terima kalau ada orang berkata sebegitu terhadap aku.. apatah lagi orang lain...
..,
jadi dari situ.. walau bagaimana marah sekali pun... aku akan cuba tahan... ada masanya aku akan melarikan diriku sehinggalah marah ku reda... sekiranya tidak juga.. aku akan tuliskan ke dalam buku yang hanya akan di baca oleh aku... dan tidak akan di baca oleh orang lain... begitu cara ku menghilangkan marah ku...
..,
Back to what i want to say...
..,
First of all... (walaupun dah berjela entry nih... ) aku nak minta maaf lah kalau apa yang aku tuliskan dalam blog aku ni ada mendatangkan kemarahan terhadap sesetengah pihak.. mungkin ada yang tidak puas hati... dan mungkin ada yang kecil hati... sebab tu aku ingin meminta maaf...
Tapi bagi aku.. apa yang aku tuliskan adalah apa yang aku lalui... dan aku rasa tak salah kalau aku terlalu obses tentang sesuatu perkara...
..,
ye lah kan... aku bukannya sehandal penulis-penulis blog lain yang boleh menceritakan sesuatu yang mendatangkan manfaat kepada semua... aku juga bukanlah searif penulis blog lain untuk aku tuliskan tips-tips berguna dalam kehidupan seharian... bukan bukanlah selaim ulama yan boleh berikan ceramah agama dalam blog aku.... dan aku juga tidak layak untuk memberi nasihat berguna kepada yang lain...
..,
apa yang aku ada hanyalah.. the side of my life... apa yang aku lalui.. apa yang aku alami.. itu saja yang aku ada... jadi tak salah rasanya kalau aku menulis tentang apa yang aku ada... sebab bagi aku tak logik rasanya kalau aku tulis kereta-kereta yang pernah aku miliki / harta-harta yang aku ada.... sebab apa yang aku ada sekarang hanyalah sebiji kancil yang belum habis di bayar... takkan lah aku sanggup nak menulis sesuatu yang aku tak pernah ada.. semata-mata nak menjaga hati orang.. atau semata-mata nak dapatkan perhatian orang????
..,
NO! That is not my purpose of writing ... tujuan utama aku melibatkan diri dalam dunia blog adalah untuk aku tuliskan perjalanan kehidupanku dan kehidupan orang-orang yang berada di sekelilingku... dan sudah tentunya orang yang disekelilingku adalah keluarga ku dan teman-teman terdekat ku..
..,
semasa aku mula-mula membina blog ini.. aku tidak pernah memikirkan untuk mendapatkan kemahsyuran melalui penulisan blog... cukuplah rasanya untuk aku menulis dan mengenang kembali segala peristiwa menggembirakan yang pernah berlaku dalam hidup aku.. so that's why i said, if you dont like whatever, whoever and however i write in my blog please... please go away and dont ever come back... i dont give a damn...
..,
aku sebenarnya sedih juga.. manalah tahu kan.. sekiranya apa yang aku tuliskan dalam blog aku ni boleh jadi trigger untuk sesiapa tidak puas hati atau rasa marah dengan apa yang aku coretkan... kalau ada lah... aku mintak maaf banyak-banyak... bukan niat aku bercerita untuk menyebabkan sesiapa tersinggung atau terkecil hati...
..,
pening kepala aku ni sebenarnya... sebab aku terasa yang aku telah menyebabkan seseorang berkecil hati.. dan aku rasa aku ni telah menjadi trigger yang menjadi sebab seseorang rasa marah dengan apa yang aku cerita kan tentang perjalanan hidupku..
..,
entah lah.. agaknya aku ni saja yang terasa kot... maklumlah.. aku ni perasa orangnya... bak kata puan saiman.. jiwa halus... kalau ikut definisi rock... aku ni sentimental orangnya... nasib baik lah tak mental...
..,
but then... aku tak boleh paksa diri aku untuk tidak rasa bersalah dan buat tidak tahu sepanjang hari... even bila aku buat kerja segala kata-kata nya masih lagi terbayang-bayang di kotak akalku..
..,
Tapi aku tak salahkan sesiapa... mungkin aku yang salah sebab terlalu obses dengan anak-anak aku...
..,


Tapi walau bagaimana sekali pun... tak kisahlah ada yang kecik hati ataupun tidak... ada yang suka atau ada yang benci... aku tak akan ambil pusing... kerana.. apa yang aku ada di dunia ini adalah anak-anak aku.. dan harta yang paling berharga dalam hidupku sekarang ini adalah pengalaman yang aku lalui ketika melihat anak-anak ku membesar ...
..,
sadly to say... i wont even trade my children to anything in this whole world...
..,
and i am sorry to say this... i dont give a damn... and i will always write about my children because this is my way of writing...

Sorry......

Khamis, 8 Januari 2009

First Day Kakak @ School

Hari ni hari pertama kakak di sekolah...

memang dah terlambat dah pun... kanak-kanak lain dah start sekolah isnin tu ... tapi kakak baru hari ni dapat ke sekolah..

salah aku juga.. sebab aku berfikir sangat nak sekolahkan kakak kat mana... last-last.. sebab terlalu berfikir.. pendaftaran untuk sekolah tadika pun dah tutup dan banyak sekolah yang dah penuh...

kira syukur la juga kakak dapat masuk kat satu sekolah berdekatan dengan tempat kami tinggal ni.. kira senang lah ayah nak hantar dan amik dia tiap-tiap hari...

Hari pertama kakak di sekolah...

hari ni sengaja aku ambil cuti supaya boleh temankan kakak di sekolah.. ye lah, takut pula kalau dia menangis di sekolah...

jam 7.15 pagi lagi kakak dah bangun padahal malam tadi dia tidur jam 1 pagi... aku dah balik-balik sound dia suh tidur awal.. aku cakap kalau dia tak mo tidur awal esok tak yah sekolah... tapi ye lah.. sebab semalam hujan lebat... dia tertidur waktu siang.. lama pulak tu... itu yang dia tak boleh tido malam... lagipun aku rasa dia dah excited sangat nak pergi sekolah.. sampaikan dia cakap.. "kenapa esok? kenapa nda malam ni aja pergi sekolah?"..

kakak.. kakak...

lepas mandi .. pakai baju (kakak pakai baju biasa sebab baju sekolah belum ada lagi... ) kasi bangun ayah.. (malam tadi ayah lambat tido.. jadi liat sikit lah nak bangunkan dia... ) bangunkan adik... mandikan adik .. pakaikan adik baju... masa ni kakak dah siap pakai kasut sendiri (kakak ni jenis yang berdikari.. semua dia nak buat sendiri.. pakai baju.. pakai stokin... pakai kasut.. sikat rambut.. cuma aku ikatkan rambut dia je lah.. )

bila dah siap semua.. kakak pun dah sangkut beg dia.. adik pula yang buat hal lagi... adik pula yang nak beg lah... nak bekas air dia lah.. macam macam dia nak.. mengalahkan orang nak pergi sekolah pulak... even kasut sekolah kakak dia pun dia nak pakai jugak...

adik memang macam tu... orang yang paling excited sekali nak pergi sekolah adalah adik.. bukan kakak... kakak kool ajer... tapi adik yang over.. dia pulak mintak beli macam-macam.. beg sekolah Ben 10... buku... kotak pensel.. pensel.. warna segala.. semua adik ada... cuma sekolah je yang tak mo terima adik...

tadi pagi.. bila dah sampai kat sekolah.. kakak terus masuk dalam bilik darjah dia.. adik siap tanya lagi...

Adik: Mama... adik pun mau tolah juga... (adik pun mau sekolah juga)

Mama: Mana boleh adik belum besar lagi... adik masih kecik... nanti sudah besar macam kakak baru adik boleh sekolah...

Adik: Adik nda mau ncik... adik mau ncai... (Adik tak mau kecik.. adik mau besar)

Mama: tunggu lah .. nanti adik besar lah juga macam kakak..

lepas tu bila kakak dah duduk di meja dia... dia kena hidangkan air milo dan juga biskut sekeping untuk sarapan... kakak langsung tak sentuh minumannya... agaknya dia segan.. atau agaknya dia tak biasa minum pagi-pagi... masa di rumah pun aku dah sediakan minuman untuk dia.. tapi dia minum seteguk dua je.. itu pun di paksa... tapi... kalau nenen.. laju je dia... ha ha ha..

bila adik nampak kakak kena hidang air dan juga biskut... adik terus cakap macam ni dengan aku...

Adik: Mama... adik mau minum air tolah... (mama.. adik mau minum air sekolah)...

Mama: kan air adik ada.. minum aje lah air adik tu..

Adik: Adik mau minum air tolah...

aduh.. malas aku nak layan anak aku yang sorang ni... dia pulak yang lebih.. makin di layan makin menjadi la tu...

kami tunggu di luar kelas kakak lebih kurang satu jam .. aku tengok kakak diam ajer di tempat duduknya... budak perempuan yang duduk di sebelah kanan kakak masih menangis sejak mak dia pulang... manakala budak yang duduk di sebelah kiri kakak nak ajak kakak main.. tapi tak kena layan.. even dia offer kakak air kacang soya dia pun kakak buat nampak tak nampak.. he he he..

apa yang aku tengok.. kakak asik perhatikan orang sekeliling dia aje.. aku perhati jugak kalau-kalau dia asik memperhatikan orang yang sama... tapi tidak... aku rasa kakak tengah try to menyesuaikan diri dia dengan perhatikan orang sekeliling... ingat pula masa first day aku kat sekolah dulu... like mother like daughter...

bila kelas bermula dekat jam 9 pagi... budak-budak yang lain berkumpul di hadapan cikgu... cuma kakak dan budak yang menangis tadi (masa ni budak tu dah diam) masih duduk di meja mereka.. mungkin masih baru.. aku pun tak paksa kakak nak ikut aktiviti yang di buat... biar lah dia menyesuaikan diri dulu.. cikgunya pun tak paksa jugak...

bila aku rasa kakak dah ok... (walaupun masih duduk di kerusinya tak bergerak-gerak.. yang bergerak cuma matanya yang besar... ) kami pun pulang sekejap.. sebab aku tak jemur kain lagi.. nanti jam 11 kami akan datang balik untuk jemput kakak...

jam 11.15 kami pun bertolak ke sekolah kakak (perjalanan nak ke sekolah kakak tak sampai 10 minit dan melepasi satu sekolah tadika yang lain) bila aku tengok budak-budak kat tadika tu sudah keluar.. aku dah risau.. mesti kakak nangis ni sebab kami lambat...

ayah cakap jangan risau lah.. sebab mereka keluar jam 11.30... tapi kenapa budak tadika yang lagi satu tu dah keluar????

bila kami sampai kat sekolah kakak... betul lah kata ayah.. kelas kakak belum habis lagi.. kami pun perhatikan lah dari luar kelas mcm mana kakak punya first day...

aku tengok kakak tengah berbaris dengan kawan-kawan baru dia (masa ni kakak masih diam lagi) .. cikgu dia ajar berbaris.. (siapa ndak baris ndak boleh pulang... itu kata cikgunya.. ) aku perhati ajer kakak... dia ikut aje apa yang cikgunya cakap.. angkat tangan... turun tangan.... tapi lambat sikit lah.. sebab dia tengok dulu kawan-kawan dia yang lain...

bila aku tengok dia berkumpul dengan kawan-kawan sekolah dia.. baru aku perasan yang anak aku seorang ni tinggi dari kawan-kawan perempuan yang lain.. di kalangan kengkawan dia.. senang nak spot dia... tak macam mama dia.. kementot... ha ha ha...

lepas bagi salam .. ucap terima kasih cikgu semua... kakak orang pertama yang kena kasi keluar... hehehe.. jadi kami tak tunggu lama... kami pun terus pulang...

on d way tu aku tanya lah kakak..

Mama: kakak... macam mana lah sekolah? seronok???

kakak: seronokkkkkk...

Mama: esok mau sekolah lagi???

kakak: Mauuuuu...

Mama: Kakak ada nangis ka tadi???

Kakak: Ndak... kakak ndak nangis ma tadi...

Mama: Bagussss.... ada kerja rumah ka kena suruh buat??

Kakak: Adaaaa...

Mama: Kakak nakal ka di sekolah tadi??

Kakak: Ndak...

Mama: Ada kawan sudah???

Kakak: Adaaaaa...

Mama: Siapa nama kawan????

Kakak: ENTAH...

sooooo typical kakak...

anak aku dah sekolah... dah besar rupanya anak aku... tak sangka kan... dah tua aku ni yer.. he he he...

harap-harap la kakak rajin belajar dan menjadi orang yang berguna bila besar nanti...

bila aku tanya cita-cita kakak... dia kata bila dah besar dia nak jadi doktor supaya nanti kalau mama sakit dia boleh ubatkan.... dia nak belikan aku rumah besar... chewah.... cita cita mulia anak aku...

adik pula bila di tanya nak jadi apa.. adik kata nak jadi polis... nanti boleh tangkap orang jahat... lagipun nak belikan mama dan ayah kereta besar... he he he...

aku rasa cita-cita anak aku ni pengaruh CSI.. sebab masa aku ngandung .. memang CSI tak pernah missed..

semoga cita-cita anak-anak aku akan tercapai satu hari nanti... insyaAllah...