Sabtu, 3 Januari 2009

BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA

Dari Inbox...

Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;

i. Al-Muawwizat

ii. Ayatul Kursi

iii. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin

iv. Ayat Berkubu

v. Ayat Penggerak

1.0 AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)

BACAAN Al-Muawwizat iaitu;

1. Surah Al-Ikhlas

2. Surah Al-Falaq

3. Surah An-Naas




Cara:
1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat

2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa

3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah)

4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas

5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.

6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari

2.0 AYATUL KURSI

BACAAN

Terjemahan:

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur.

Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi.

Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.

Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Surah Al-Baqarah ayat 255)

CARA

1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf

2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.

3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.

3.0 AYAT 1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN BACAAN
Terjemahan:

(1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah,

(3) sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul,

(4) (yang berada) di atas jalan yang lurus,

(5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang,

(6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.

(7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman.

(8) Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah.

(9) Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.



CARA

1. Untuk memagar diri, keluarga dan harta benda


2. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah.

Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi.


(Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.


Ayat Berkubu





Terjemahan:

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad RasululLah.


CARA

1. Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.

2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.

3. Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara

4. Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas

5. Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.



5.0 AYAT PENGERAK


BACAAN





Terjemahan:

Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.


CARA

1. Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.


2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.



Selamat mencuba dan selamat beramal....

Jumaat, 2 Januari 2009

Pot Luck Kat Opis....

Tiga minggu lepas kami ada buat potluck and exchanging gift kat opis...

pot luck ni sebenarnya di adakan sempena pekerja-pekerja sambilan yang akan habis kontraknya hujung bulan nih...

kami dah rancang majlis ni dalam dua minggu dah... dan cabutan untuk exchanging gifts kami lakukan hari jumaat minggu sebelum tu...

hadiah-hadiah yang di tukar hendaklah di bawah harga sepuluh ringgit... di bungkus di dalam surat khabar... dan di rahsiakan pemberinya... hanya nama penerima di tulis di atas bungkusan tersebut... he he he...

hidangan pula... kami yang perempuan masing-masing bawa dari rumah...

ada yang bawa ikan basung goreng.... daging masak hitam... (sedappp... nak mintak resepi dari puan saiman nih... ), udang masak merah... ayam goreng... ayam masak kari...

aku pula bawa ...

sayur campur... ulam-ulaman... sambal belacan... puding mangga... dan puding aiskrim keladi yang aku cilok resepinya daripada blog kak hanieliza, dan juga kerabu terung mangga... nanti aku masukkan resepi kerabu ni kemudian...

tapi apa yang paling best sekali...

walaupun kami masing-masing bawa makanan dari rumah... tapi hidangan yang ada cukup banyak dan melebihi dari yang patut...

kami boleh jemput timbalan pengarah... jiran kami di bahagian-bahagian lain.. malah kami boleh lagi jemput pegawai tadbir..

sungguh tidak sangka... makanan yang kami bawa cukup untuk semua yang dijemput ... malah kami boleh tapau lagi lebihan lauk-pauk untuk di bawa pulang ke rumah...

tapi siok lah... teringin pula nak buat lagi.... he he he...

Belikan lah... belikan lah... belikan lah....

anak aku.. si adik dan si kakak tak boleh tengok iklan di tv.... apa apa yang di tengoknya dalam tv semua minta beli...

adik: mama.... nanti belikan adik ultraman yang besar...

kakak: mama.. nanti belikan kakak patung barbie...

adik: mama... nanti belikan adik itu.. belikan adik ini...

kakak: mama... belikan lah... belikan lah.. belikan lah..

aduhhh... sakit kepala aku...

kadang kadang aku just cakap... "iya.... iya.... iya... nanti mama belikan... "

tapi bila cakap macam tu... dia tanya pula... " bila mama mau belikan.... "

mama: tunggu la mama gaji...

tapi bila cakap macam tu... tiap-tiap hari bila balik dari kerja si kakak dan si adik ni pula akan tanya... "mama.... sudah gaji?????"

aduhhh... lagi sakit kepala.....

jadi sekarang ni.. bila kakak atau adik minta belikan mainan ke apa ke... yang ditengok di tv... aku just jawab... "minta belikan ayah... "

then adik dan kakak akan berlari pada ayah.. cakap belikan apa yang ada dalam tv... ayah pula akan jawab.. "iya lahhhh..... "

kadang-kadang tu.. kesian pula aku anak-anak aku lari sana sini sebab nak minta belikan mainan...

tapi bukan sebab aku tanak belikan apa pun.... dah banyak mainan aku belikan.. cuma biasa lah budak-budak... makin di layan.. makin la mintak macam-macam...

lagipun aku tanak manjakan anak aku sangat... dulu masa aku kecik pun bukannya mak dan bapak aku layan sangat permaintaan kami adik beradik nak mintak belikan mainan...

aku tanak anak aku spoil dengan benda-benda macam ni... aku nak mereka berdikari...

sampaikan bila si kakak minta belikan mainan komputer dan mainan doktor yang dia nak sangat tu... dia kata... "mama.. gunakanlah duit pecah kami kalau mama ndada duit"... ada ke dia nak suruh aku pakai duit tabung dorang... ha ha ha...

Tapi kesian anak-anak aku.. dapat mama yang kurang mampu macam aku nih....

Khamis, 1 Januari 2009

Pesan Nabi Sebelum Tidur....

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidursebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslim meridloi kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh...."

Bertanya Aisyah :"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bismillaahirrohmaanirrohiim,Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakullahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillaahirrohmaanirrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaaMuhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.

Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuumwa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir makaseakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"

Bismillaahirrohmaanirrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaahaillalloohu alloohu akbar(3 x )
Sekian untuk ingatan kita bersama.

Khasiat Biji Sawi

Dari MailBOX.....



biji sawi...


Kenalkah anda biji sawi?

Tahukah anda akan khasiatnya?

Biji sawi yang sering dicampurkan bersama rempah ratus ke dalam masakan sebenarnya memiliki kelebihan yang tidak diduga jika dibandingkan dengan kekerdilan saiz bijian itu.

Menurut Imam Abu Hanifah, biji sawi boleh menyembuhkan penyakit serta menghilangkan kesan penyakit.

Kenyataan ini diceritakan oleh Rasulullah SAW. Hadis daripada Ibnu Abbas daripada Rasulullah SAW sesungguhnya baginda bersabda," Apakah dua perkara yang dapat menyembuhkan sesuatu? lalu baginda menjawabnya sendiri: biji sawi dan sifat sabar".

Wujud percanggahan di antara ulama tentang kesahihan hadis ini, ramai yang mengatakan ia sebuah hadis dhaif.

Namun begitu Ibnu Taiyim seorang ulama yang pakar perubatan telah menghuraikan khasiat-khasiatnya di dalam kitab Ath-Thibbun Nabawi :-

01. Memanaskan tubuh badan

02. Melawaskan perut dan melicinkan salur tahi perut

03. Mengeluarkan cacing daripada perut

04. Mengelakkan bengkak limpa

05. Mengikis kudis bernanah

06. Meransang nafsu syahwat

07. Mengelakkan sesak nafas

08. Menambah selera makan

09. Mengikis kekotoran dan kesat pada limpa

10. Membersihkan paru-paru

11. Melancarkan pengaliran darah haid

12. Mengeluarkan peluh daripada liang peluh yang tersekat

13. Menghilangkan rasa lenguh atau bisa pada pangkal peha

14. Melapangkan paru-paru dan daripada lendir yang melekat

15. Jika diminum dengan campuran biji sawi yang digiling, ia dapat membantu menyembuhkan penyakit sopak

16. Jika disalut dengan madu, seterusnya ia dimakan dapat meredakan bengkak pada limpa

17. Jika dicampur dengan air dan diminum ia dapat memasakkan sebiji bisul yang tumbuh