Isnin, 24 Ogos 2009

Belum...

belum... belum lagi...

aku pun ndak tau bila ni...

tapi yang pasti, minggu ni minggu terakhir aku kerja.. he he he...

Jumaat, 21 Ogos 2009

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa....



Ramadan datang lagi...
Bulan yang penuh dengan kebaikan...
Bulan yang penuh dengan ganjaran ...
Bulan yang malamnya lebih baik daripada seribu bulan...
Bulan dimana turunnya Al-Quran...
....
Ramadan datang lagi...
Hiasi siangnya dengan zikrullah...
Hiasi malamnya dengan bacaan ayat-ayat Allah...
Tanda syukur kita kerana dapat beribadah di bulan mulia ini..
Dan beruntungnya kita jika dapat manfaat sepenuhnya di bulan ini...
Berganda ganjaran dari amalan yang dikerjakan..
...
Ramadan datang lagi...
Ibadah puasa bukan hanya menahan lapar dan dahaga...
Puasa juga menahan segala yang mungkar...
Juga menahan nafsu serakah kita...
Dalam keseronokan berbuka bersama keluarga...
Jangan lupa pada mereka yang derita...
Dalam penuh meja dengan juadah yang bermacam rasa...
Jangan lupa pada mereka yang tidak bernasib sama...
...
Ramadan mengajar kita erti kesusahan...
Mengajar kita erti kesederhanaan...
Mengajar kita erti kesabaran...
Bersabarlah dalam menempuh segala cabaran...
Semoga di Ramadan tahun ini kita semua akan mendapat segala macam kebaikan dari-Nya...
Amin...
...

Pada sabahatku semua...
Ampunkan segala salah dan silapku..
Halalkan segala makan dan minumku..
Semoga Ramadan ini.. akan bermulanya sesuatu yang baru...
...
p/s: No... No... belum lagi... agaknya entah bila la nih... mungkin tepat pada tarikhnya mangkali... he he he..
..
p/s/s: Wan - Wan telah meragut nyawa ke 68 semalam... mangsa seorang ibu mengandung... semoga aku dan ibu-ibu mengandung lain mendapat rahmat di bulan ramadan yang mulia ini.. Ya Allah.. lindungi kami daripada bahaya wabak H1N1 ini... Amin..

Khamis, 20 Ogos 2009

He He He...

Cakkk...

kenapa? korang sumer mesti pikir aku sudah beranak kan? kih kih kih..

Aku pun ingat cam tu... tapi ndak la jugak beranak-beranak lagi...

hari isnin tu aku nda berapa sihat.. mangkali pasal kena hujan masa hari minggu tu..

sekarang ni pun aku masih lagi sakit kepala.. selsema.. sakit tekak.. hari ni masuk hari ke-4..

mintak-mintak la.. bukan yang satu tu... yang ada wan-wan tu.. na'uzubillah..

hari selasa pigi makmal lagi.. cek darah.. bacaan gula suda OK.. cuma yang hampeh tu.. bacaan last jam 8.30 malam tu.. ada kah 7.2 aku punya BSP.. kin panassss.. last-last doktor suruh aku pigi buat test lagi hari selasa minggu depan.. malasss..

doktor sempat pesan lagi.. klu belum juga aku sakit perut.. nanti 31 ogos.. aku kena masuk wad sudaa.. alalaaa.. klu belum juga aku beranak, makna nya tahun ni aku sambut merdeka di hospital lah..

aku kira-kira minggu depan mahu ambil cuti bersalin awal.. tapi minggu depan sudah puasa.. waktu kerja pun sampai jam 3.30 giteww.. mcm mana ya? aku dalam dilema nih.. klu cuti.. sayang pula cuti.. klu nda cuti.... mcm malas aku mau pigi kerja.. heh heh heh..

well.. apa pendapat korang???

Jumaat, 14 Ogos 2009

Lagi Tips on H1N1

Tips diperolehi daripada emel:


apa itu H1N1?

viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dr manusia kpd manusia.

jangka hayat virus

oleh kerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati. maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik....akan 'bersih' dr virus tersebut.

apa yg perlu tahu?

asal virus ini

sebenarnya telah terdapat outbrake di USsebelum terjadi outbrake di mexicotp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan USmahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di mexico .

virologi virus H1N1

incubation periodyg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 - 4 hari
ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit
pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4
H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

cara serangan

virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan
virus ini akanmenyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS)
peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akanmenyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse'
ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi

siapa yang berisiko

1 orang yg ada masaalah 'obesiti' @ gemuk

2 perempuan yg mengandung

3 orang yg ada astmatic

4 orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)

* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas

simptom2

day 1 rasa kurang sihat, tak bermaya
day 2 selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)
day 3 rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
day 4 sakit dada yg teruk.........jumpa doktor dngan segera.......
day 5 and above lung collapse @ koma

langkah2 kawalan

1 golongan2 yg berisiko, elakakn drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)

2 menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran

3 elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'

4 jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan)

5 jika kurang sihat dan ada ILI( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask)

6 utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.

7 jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan

8 jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.

9 tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!!!!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.

10 vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada oktober dan hanya utk 'frontliner' shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010.

11 utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia . mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.

12 tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbrake ini. sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.

Amin.


***********

Tips dari blog IsuHangat


Doa ketika terjadi penyakit menular:




Tips on H1N1..

TIPS 1:

Artikel ni ayah suruh aku baca sebab aku nda berapa layan tiap kali dia suruh aku makan spirulina...

jadi aku fikir.. ada baiknya aku kongsikan artikel ni.. mana tau ada yang nda terbaca borneo post kan... hehhehe..

Aku nda tau la sejauh mana kesasihannya, kalau akhbar ni tipu.. maknanya tipu la juga aku..

Artikel dari The Borneo Post Keluaran Saturday, July 11, 2009

Title: Spirulina Inhibits H1N1 Virus, Says researcher
By: Chok Sim Yee

Kota Kinabalu: Phycocyanin found in spirulina has the ability to inhibit infection and reproduction of the Influenza A (H1N1) virus, claimed Dr Yasumasa Kodo, a researcher from Osaka in Japan.

"it was reported in the Journal of Medicinal Food that spirulina significantly increases the production of cytokins, thus enhancing immune responses," he said.

"Most importantly, the presence of phycocyanin pigment in spirulina gives it antiviral and antimutagenic properties," he said during a presentation yesterday.

Kodo said latest discovery showed that reproduction of the H1N1 virus was found to be under control when the extract of spirulina was added to cells before and after they were infected with the virus.

He added the three most talked about viruses at present were Influeanze A (H1N1), dengue fever and hand, foot and mouth disease.

"And the ways to protect ourselves from these superviruses are to ensure a balances nutrition, enhance our immunity system and maintan a healthy body pH as high body acidity attracts diseases and viruses," he said, adding that superviruses had the ability to cross over from one host to another as well as the ability to start an epidemic or pandemic," said Dr Yasumasa.

"The most practical way is to add spirulina to your diet to provide balanced nutrition and to enhance immunity by activating your immunity cells.

"Spirulina, which is 100 percent alkaline and natural, contains nutriens such as proteins, carbohydrate, fat, vitamins and minerals.

"With daily consumption of spirulina, we can shift our body pH towards neutral and have well-balanced nutrition to compensate for a diet low in fruits and vegetables," he said, adding that the ideal diet should be made up of 80% alkaline-forming food and 20% acid forming-food.

Dr Yasumasa holds a Master in Chemistry from the University on California and a PhD in Bio-Organic Chemistry from Oxford University in London.

**********
Nota kaki 1: aku ada terbaca juga pasal keasidan dan kealkalian badan.. keasidan badan tinggi maknanya akan lebih menarik jangkitan virus berbanding dengan badan yang mempunyai kealkalian tinggi...

Nota kaki 2: siapa-siapa berminat mau mendapatkan spirulina.. boleh tinggalkan pesan di ruangan komen atau pun di cbox... (he he he.. sempat lagi aku promo)...

Nota kaki 3: kalau pregnant woman makan spirulina nda apa apa ka ah? sebab aku takut anything happen sama baby.. jadi aku ckp ngan ayah.. tunggu lepas aku beranak dulu.. baru makan spirulina nih.. boleh ker?

*********
TIPS 2: yang ni pula aku dapat dari emel..

JUST A SMALL BUT MEANINGFUL INFO FM ME TO YOU AND YR FRIENDS...MY PERSONAL EXPERIENCE OF H1N1 SINCE IT PRACTICALLY HIT US LIKE A TIME BOMB.....

My staff was crying herself sick on Tuesday morning...was told that her son was confirmed of H1N1 in his Uni at Kangar, Perlis...worse was that when he was bedridden 2 days the warden didnt even bother to sent to hospital till his dad came fm KL and with his friends assistance brought him to GH Kangar....

No one bothered in the hospital and he was put in the normal ward for another 2 days!!! (imagine the amount of people he has infected!!) .....

after 2 days and his eyes were turning yellow and saliva greenish...he was put in quarantined room... Called his mom to say...minta maaf and ampun la dosa dia, etc...she practically fainted just telling me the story.. cant do much cos she x have enough money to go to the north with the father...

First thing we did was made her call the hospital and insist that they sent him to Sg.Buloh Hospital or any other hospital in KL since they seemed to be more alert and more equipt...they refused of course...

so I sent her off to Kangar the same day to solve the problem.

EAT MINIMUM 6 GREEN APPLES A DAY AND FRESH ORANGE JUICE for those with sore throat please blend the apples and keep on taking till your fever disappear and yr symtoms are gone....

I cannot explain it but the child in Shah Alam was ok too after taking this tip....

ALHAMDULILLAH...my staff's son was given the apple juice for the whole day on Monday/Tuesday and he was out of the fever yesterday Wednesday....

she called me and was crying on the phone to say that her son was out of ICU and was able to eat normally...

all these happened within just 4 days today (thursday 6 august)...

This is just to share with my fellow sisters and brothers and hope this small info could assist others as well

************
Nota Kaki 1: GREEN apples or RED APPLES....apples are indeed high in anti-oxidant...anti oxidant is good for normalise n increase cells...in our body

Nota Kaki 2: siapa-siapa yang ada sore throat atau selesema sekarang ni better amalkan makan apple ni lah rasanya.. kan ada pepatah mengatakan " an apple a day can keep the doctor away".. apa apa pun selamat mencuba..

Nota Kaki 3: Wabak H1N1 sekarang ni sudah menjadi semakin menular dan kronik.. namun ramai yang masih lagi bersikap relaks.. masih ada ibubapa yang membawa anak-anak kecil mereka ke klinik atau hospital tanpa memakai mask.. sedangkan yang sakit bukan si anak.. mereka dengan leka dan sewenang-wenangnya membiarkan anak-anak kecil berlarian ke sana sini di hospital / klinik terbabit.. walhal mereka syok bercerita dengan kawan... aduhh.. apa nak jadi...

Nota kaki 4: kalau mau mencari green apple atau red apple tu.. sila JANGAN tinggalkan komen di sini ya.. sebab apple banyak di jual di pasar-pasaraya Giant.. Survey.. Standard.. Ngiu Kee.. malah kedai-kedai runcit pun ada menjual apple.. he he he

Nota kaki 5: Nanti klu ada tips lagi aku share kan di blog nih..

Khamis, 13 Ogos 2009

Macam-macam....

Rupanya cerita pasal mekel jeksen tu masih ndak habis lagi...



si kakak dan si adik suka sangat tengok iklan ON HIT mekel jeksen di tibi tiga tu... lebih-lebih lagi bila 'paci pit' (adik bungsu aku) kasi tengok anak-anak aku ni video klip mekel jeksen sepanjang perjalanan kami pulang kampung minggu lepas...


bila kami pigi wawasan plaza hari tu.. masuk di speedy video, budak dua orang ni nampakla rak tinggi yang mempamerkan semua koleksi dvd dan cd mekel jeksen.. apa lagi .. teriak-teriak la minta kasi beli.. kalau harga 10 ke 20 hengget tu aku nda kisah.. tapi ni harga 40 ke 50 hengget satu cd/dvd.. kalau yang ada video klip aku nda kisah la juga.. tapi ini just audio saja.. rugi je beli.. sebab anak aku dua orang tu mau tengok mekel jeksen ni menari "beat it" saja.. jadi aku nda mo kasi beli..


si adik nda puas hati.. sepanjang dalam kereta dari wawasan plaza sampai ke klinik putatan dia membebel saja sebab mamanya ndak mau belikan cd mekel jeksen.. bukan itu saja.. malah sampai ke hari ni pun dia masih lagi nda puas hati sebab mamanya MASIH nda mau belikan cd mekel jeksen walaupun di pujuk berulang kali...


malam tadi tengah tengok tibi tiga.. ada iklan mekel jeksen lagi..


adik: ndak mau lagi kawan mama..
mama: kenapa pula?
adik: sebab mama tu jahat!
mama: jahat pasal apa?
adik: ya lah.. mama tu nda mau belikan cd mekel jeksen!
mama: buat apa? bukannya ada faedah pun.. dari beli cd mekel jeksen.. baik beli baju untuk adik Hazimi (dia panggil adik yang dalam perut ni adik Hazimi, si adik yang bg nama tu)
adik: tapi paci pit ada cd mekel jeksen!
kakak: itu bukan paci pit punya.. itu paci jinal punya.. paci pit pinjam saja..
adik: ya la.. paci jinal ada cd mekel jeksen.. aku ndada..
mama: turut tengok la ba saja sama paci pit..
kakak: mana ada lagi.. paci jinal suda ambil..
mama: ba.. nanti suruh la paci pit pinjam lagi paci jinal punya tu..
adik: nda mau.. aku mau bali cd mekel jeksen..
mama: huh.. membazir saja tu...
adik: bali kan lah...
mama: alaaa.. dua bulan lepas.. siapa mekel jeksen pun kamu nda kenal.. hari ni mati-mati minta balikan cd nya pula..
adik: ya la.. siyok tu cd mekel jeksen tu..
mama... geleng kepala jer.. malas mau layan si adik ni.. makin di layan makin nda habis..



lepas 30 minit

adik: mama... belikan lah cd mekel jeksen!
mama: kan mama cakap nda mau.. nda mau, nda mau la...
kakak: apa la adik ni.. nda payah la bah bali cd mekel jeksen tu.. kita tingu saja tampat paci pit..
mama: daripada mama belikan kamu cd mekel jeksen.. baik lagi mama belikan cd mengaji alif ba ta tu.. ada lagi faedahnya.. beli cd mekel jeksen.. mama dapat dosa.. tapi beli cd mengaji mama dapat pahala..
kakak: a'aaa kan mama... beli cd mengaji yang "alif ba ta .. tsa jim ha kho.... " (si kakak menyanyi lagu alif bata )
mama: iya laaaa..
adik: tapi aku nda mau yang mengaji tu.. aku mau mekel jeksen.. "te bet.. te bet.. " (si adik menyanyi lagi beat it!)
mama: Ha Ha Ha... biar lah.. mama nda mau kasi beli.. tingu saja nanti di komputer paci pit..
kakak: a'aaaa... ada tu di komputer paci pit.. ia ambil dari cd paci jinal...
adik: inda mau lah...


ndak lama lepas tu.. ada la pula iklan yusuf taiyoob...

kakak: mama.. nanti belikan buah kurma mcm itu ah.. sedap tu..
mama: iya lah.. tapi bulan puasa saja nanti kita beli.. (mana boleh beli sekarang.. nanti naik mendadak lagi gula dalam darah ku.. hu hu hu)
kakak: Puasa??? iya lah.. puasa .. puasa lah.. (at this time .. kakak masih ndak tau lagi apa tu puasa)..
mama: iya lah.. siapa puasa.. baru boleh makan kurma.. siapa nda puasa nda boleh makan..
kakak: tapi aku mau makan buah kurma .. sedap bah tu..
mama: klu mau makan.. mesti puasa dulu..
kakak: iya lah.. aku puasa lah ni...
mama: kakak tau ka puasa tu apa?
kakak: nda tau..
mama: puasa tu maknanya nda boleh makan.. dari pagi sampaiii malam..
kakak: ahh??? tapi aku mau makan buah kurma??
mama: ya la.. kalau sudah azan nanti baru boleh makan buah kurma tu..
kakak: ooooooooo...
mama: bah.. klu kakak puasa.. nanti mama balikan kurma..
kakak: yeaaaaaaaa.. mama balikan buah kurma.. adik.. nanti mama balikan buah kurma.. sdap tu dik..
adik: nda mau lahh.. aku mau cd mekel jeksen!

mama: "dalam hati.. hampehhhhhh... "

Isnin, 10 Ogos 2009

Blog Hapdet....

Entry ni saja aku tulis sebagai memberitahu pada umum yang aku belum beranak lagi.. he he he..

tapi esok aku cuti la pula sebab mau check gula lagi.. maknanya esok 4 kali la aku kena ulang alik pigi klinik Putatan... hmmm... malassssssss...

dan lepas esok.. kalau keputusan OK.. boleh lah aku mengurangkan kekontrolan makanan manis ku.. sebab boring suda aku minum air kosong nih.. rasa mcm kosong jak hari-hari ku.. (padahal... tiap-tiap pagi tataaaappp minum horlicks ais.. sama susu kacang.. tiap2 petang pula makan goreng pisang... ) mudah-mudahan gula ku nda tinggi .. tapi nda apa.. klu gula ku masih tinggii, sekurang kurangnya aku masih ada stok gula dalam badan.. jadi nda la aku risau kalau ndada gula di pasaran... kih kih kih..

Hmmm.. dua minggu lagi semua umat islam akan menunaikan ibadah puasa... harapan menggunungku agar aku beranak sebelum puasa macam kabur-kabur saja ni memandangkan belum ada tanda2 besar mau beranak.. tapi ndak tau la.. benda-benda gini kita nda boleh ramalkan.. mana la tahu tiba2 malam nanti aku sakit perut mau melahirkan.. hi hi hi.. jadi kalau lama aku nda menghapdet blog ku ini.. paham-paham saja lah ya...

nampaknya tahun ni persiapan untuk menyambut Ramadhan kurang sikit lah.. aku pun konsentret mau menyambut orang baru.. lagipun musim penyakit kan.. jadi malas mau berjalan ke mana-mana kecuali kalau sdah terdesak.. aduhhh.. nda tau la bila keadaan ni akan reda... risau aku nih..

Pesakit yang terjangkit akibat wabak H1N1 ni makin ramai.. yang sudah 'pergi' pun makin ramai.. Ya Allah.. lindungilah kami daripada penyakit ini ... aku takut betul... ya lah.. kami sekeluarga tergolong dalam golongan yang berisiko tinggi... kakak baru 5 tahun.. adik 3 tahun.. aku pula .. wanita mengandung.. ayah pula .. perokok tegar.. aduhhh.. mudah-mudahan kami di lindungi Allah..

pagi tadi kakak pegi sekolah sudah start pakai mask.. dia suka bukan main lah.. bukan sebab mask tu boleh cegah H1N1 yang hari-hari di eja nya "H.L.N.L" tu.. tapi sebab katanya.. "hari ni kakak jadi Doktor!" adehhh anak aku nih.. malam tadi bila aku cakap sakit kaki minta urut.. dia cakap "sekejap.. ambil topeng dulu" aku hairan lah.. apa kena mengena topeng dengan urut kaki.. aku pun tanya dia "mau buat apa dengan topeng tu?" dia balas .. "mau jadi doktor.. mau ubat kaki mama.. " cheh.. anak aku ni.. bukan main beriya-iya lagi mau jadi doktor.. mudah-mudahan cita-citanya untuk menjadi seorang doktor akan kesampaian.. Amiinnnn...

p/s: korang doakan lah agar si kakak ni berjaya mencapai cita-cita murninya itu yer... dan juga.. jangan lupa doakan agar aku selamat melahirkan nanti... berdebar juga ni..

p/s/s: aku sudah lupa mcm mana rasa sakit mau beranak tu.. haru nih..

p/s/s/s: aku tiru besan ku banyak sangat p/s nya.. kih kih kih...

p/s/s/s/s: besan.. jangan marah ahhh.. aku lagi banyak p/s dari kita... ha ha ha

Jumaat, 7 Ogos 2009

Happy Birthday Kakak...

To my dearest daughter...

its her fifth birthday today...
seems only yesterday i was admitted to the hospital to deliver her to this world...
seems only yesterday since i saw her for the first time..
seems only yesterday since i first hear her cries...
and seems only yesterday i held her for the first time in my arms..

how quick the time pass by...
and its her fifth birthday today...
and i Thank You God for giving her to me...
a little sun that shine in my eyes..
its her fifth birthday today...
the child that used to cling on my arms every minutes and every seconds... can now make her own decision in her own way...
the child that used to cry when everything goes wrong in her eyes... can now compromise on how her life goes on..
the child that used to laugh when everything goes as what she likes... still laugh the way she used to be..


its her fifth birthday today..
she used to be the 'baby' in the family...
but now she is going to have a second brother...
and i knew deep inside my heart.. she is a very loving sister...
who really cares of others...
who really love playing part of BIG SISTA...
even it is only her fifth birthday today...
she is already a great teacher in her brother eyes...
she is already an idol in her brother life...
she is already a doctor in her mind... (she always urge me to call her "Doktor Nurain" and not Kakak)..
how fast she grew up...
and how fast the time goes by...
its your fifth birthday today..
and i will do anything to make you happy...
and i will do anything to make sure you didnt regret being my daughter even for a second..
because i will always love you...
since the day you were born...
happy birthday Dayang Nurain Syafiqah..
this is for you..
because its your special day...
and always remember... even i am no longer there for you..
always.. always remember.. my love will be always with you .. no matter where ever you are..

Khamis, 6 Ogos 2009

Jumpa Port Baru...

Baru-baru ni aku terasa boring yang teramat sangat..

almaklumlah... bos besar ndada... bos kecik pun ndada.. besan pun ndada.. si leut pun ndada.. jadi ndada kawan aku bercerita..

lalu aku pun surf lah.. cari blog2 baru yang boleh aku layannnn... and then aku terjumpa blog nih..

http://mazidulakmal.blogspot.com/ kemudian dari sana aku jumpa pula blog nih:

http://kamalfndhashim.blogspot.com/ then again melaluinya aku jumpa blog nih:

http://akubimbo.blogspot.com/

aku suka sangat baca apa yang ditulis oleh Mr. Saniboey => http://akubimbo.blogspot.com/
dia tulis pasal etika kewartawanan... dan dia banyak kritik pasa entertaintment journalism ..
mostly aku setuju dengan apa yang dia tulis walaupun bahasa agak kasar sikit.. but who cares.. I Liiikeeeeeeeeeeee the way he wrote..

sebab tu la sejak dua menjak ni aku senyap saja.. sebab aku tengah menghabis bacakan semua entry yang ditulisnya sejak tahun lepas.. hihihi..

so geng karas yang lain.. kalau inginkan suatu pembacaan yang menarik dan menambahkan ilmu... bolehlah layari blog-blog di atas yea...